Showing posts with label unit amal PAS. Show all posts
Showing posts with label unit amal PAS. Show all posts

02 September 2014

Saya sedia pertahan Unit Amal - Salahuddin Ayub

alt

KUALA LUMPUR 2 Sept -  Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub sanggup berkorban dengan nyawa demi mempertahankan Unit Amal PAS.

Beliau berkata, Unit Amal PAS merupakan sebuah badan yang berjaya mengharumkan nama parti dan negara menerusi misi kemanusiaan yang dijalankan sejak sekian lama.

"Saya sedia pertahan dengan nyawa saya selagi mana kita yakin mereka menjalankan tugas kebajikan dan bukan aktiviti keganasan," tegasnya memetik laporan portal rasmi PAS. Harakahdaily hari ini.

01 September 2014

Unit Amal PAS badan kebajikan, Zahid perlu minta maaf - Ketua pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kerana melabelkan Unit Amal PAS sebagai jabatan keselamatan tidak berdaftar.
Menurut Suhaizan (gambar), Unit Amal PAS adalah badan kebajikan di bawah Pemuda PAS yang menguruskan kebajikan dan bantuan kemanusiaan termasuk banjir dan kebakaran.
"Kalau buat demonstrasi, itu maknanya adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Perlembagaan, jadi kita jaga kebajikan orang yang nak buat demonstrasi.

10 December 2013

Amal kerana Allah' kunci kekuatan Unit Amal PAS


KUALA LUMPUR: Moto 'Beramal Kerana Allah menjadi asas kekuatan anggota Jabatan Amal Malaysia di bawah Pemuda PAS Malaysia (PPM) untuk memberikan perkhidmatan apabila diperlukan.

Terkenal dengan gelaran 'tentera merah', anggota Unit Amal ini sering muncul menghulurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan disaat ditimpa musibah.


Kemunculan mereka membantu mangsa banjir di Johor, Pahang dan Terengganu ketika ini sekali lagi menjadi sebutan masyarakat khususnya mereka yang terlibat dengan banjir sendiri.

Tentera Merah @ Unit Amal PAS ...



Dada langit masih suram dengan hujan merembes perlahan memukul atap rumah warga kemaman, Dungun serta daerah lain yang masih diserbu tengkujuh. Banjir yang melanda kali ini telah memunggah puluhan ribu rakyat ke pusat pemindahan banjir.




Bak garuda melanggar jajahan, rumah kediaman seperti diterjah tsunami dengan kemusnahan tak terperi, suara tangisan anak-anak yang ketakutan dan kelaparan  bertingkah-tingkah merebut ruang di tempat pemindahan banjir. Langit seperti menumpahkan murkanya pada manusia yang tak henti menuai dosa dan meracik kebejatan noda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive