APAKAH saranan Dr. Mahathir agar Umno Selangor dibubarkan bagi disusun semula akan dapat menyelesaikan Umno Selangor, akan menjadi perhatian bagi semua?
Apapun di sebalik yang tersurat dari pandangan Dr. Mahathir itu ialah betapa Umno Selangor pimpinan Noh Omar itu tidak punya harapan besar untuk membaik pulih parti itu supaya dapat kembali berkuasa di Selangor.
Ia adalah reaksi Dr. Mahathir atas wasiat Perdana Menteri Najib kepada Umno Selangor baru-baru ini supaya Umno Selangor jangan buat begitu dan begini dan jangan ulangi itu dan ini jika tidak mahu kekal sebagai pembangkang di Selangor.
Mahathir menyarankan apa yang tidak disarankan oleh Najib. Pilihan yang ada pada Selangor ialah membubarkan badan perhubungan yang ada dan susun semula Umno. Mungkin termasuk Noh sendiri terpaksa dikorbankan. Mengikut teori Mahathir itu, Umno akan penat saja jika badan itu dikekalkan.
Tetapi Umno itu bukan lemahnya di Selangor saja. Mahathir sudah pun menjelaskan sebelum ini bahawa punca segala kelemahan BN dan kerajaannya ialah kelemahan Najib sendiri. Itulah sebabnya dia menarik sokongan kepada Najib.
Jika Umno Selangor dibubar, tetapi Najib dan kerajaannya tidak ikut dalam pembubaran menyeluruh, membubarkan Umno Selangor saja tidak akan memberi apa-apa kesan.
Yang malang bukan Umno Selangor saja. Umno Selangor baru dua kali kalah pilihan raya. BN Pulau Pinang juga sudah dua kali kalah, bahkan Umno Kelantan bukan baru sekali dua, ia kalah saja sejak tahun 1990. Sejak Tengku Razalesigh dilucutkan daripada pimpinan Umno Kelantan, ia tidak lagi menang termasuk yang memimpin Umno Kelantan itu ialah Dr. Mahathir sendiri.
Di bawah pimpinan Datuk Mustapa Mohamad sendiri Umno sekurang-kurang sudah lebih dari dua kali kalah. Bahkan di bawah kelemahan pimpinan Mustapalah, Datuk Ibrahim Ali bangkit. Malang dia dipecat seumur hidup.
Sepatutnya Umno Kelantan itu juga perlu dibubarkan, bahkan pembubaran itu bukan sekadar utuk disusun semua, tetapi bagi ditiadakan langsung Umno di negeri itu, kerana sejak tahun 1959 lagi Umno tidak dilihat sebagai parti orang Kelantan.
Kemenangan Mustapa dalam dua PRU yang terakhir bukan alasan kuat Umno Kelantan tidak dibubarkan. Dia saja menang tetapi Umno kalah. Noh Omar juga belum pernah kalah di Selangor, tetapi dia saja menang, Umno kalah.
Apa alasan Noh menang tetapi Umno kalah, maka Umno Selangor perlu dibubar/rombak? Apa pula alasan Mustapa menang tetapi Umno kalah, maka Umno Kelantan tidak perlu dibubar/rombak?
Sebenarnya bukan Umno Selangor saja perlu dibubar, Umno Kelantan dan Umno Pulau Pinang juga mesti dirombak. Walaupun beberapa kerusi yang diberi kepada Umno Pulau Pinang kebanyakannya dimenangi Umno, tetapi ia tidak boleh menang di Permatang Pauh dan pimpinan Umno Pulau Pinang tidak lagi dapat membantu BN untuk kembali berkuasa di negeri itu.
Dr. Mahathir sepatutnya mesti menyarankan bukan Umno Selangor saja yang perlu dibubar, Umno Kelantan dan Umno Pulu Pinang juga perlu dibubar.
Membubarkan beberapa Umno negeri belum tentu dapat mempertahan kuasa yang ada jika Umno dan kerajaan terus dipimpin oleh Najib yang dilihat lemah oleh semua. Mahathir mesti berani mencadangkan pentadbiran dan kepimpinan Najib juga perlu dibubar.
Sama ada Mahathir berani saran atau tidak berani saran, Umno pimpinan Najib mahu atau tidak, tetap berhadapan dengan kemungkinan pembubaran. Apakah dengan memulangkan kuasa kepada Mahathir, pembubaran dapat dielekkan? Belum ada jaminan. –HARAKAHDAILY 11/11/2014

No comments:
Post a Comment