24 November 2014

Eina Azman dikecam parking kereta dekat pam minyak

Post Pic
SHAH ALAM: Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina dikecam pengguna laman sosial Twitter hari ini, ekoran meninggalkan kenderaannya di pam minyak dan pergi makan di restoran Subway berhampiran stesen tersebut.
Ketika kejadian pelakon muda yang sering terpalit dengan kontroversi sebelum ini, bersama dengan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden menaiki kereta jenis Chevrolet Camaro berwarna kuning yang diterima Eina sebagai hantaran ketika majlis perkahwinannya.
Perkongsian gambar itu menjadi viral di internet.
Menurut pengirim gambar Amir Hamzah Ahmad, tindakan pasangan ini memalukan kerana stesen minyak ada menyediakan kemudahan parking berasingan untuk meletakkan kenderaan dalam tempoh yang lama.
"Parking kat petrol pam dan makan di Subway. Pernagai tipikal bangsawan ekspress. Aku tak kisah kau datuk Paduka ke pelakon ke, parking ada kot. Boleh pula kau parking kat situ?," soal beliau.
Namun perkara ini belum dapat pengesahan daripada Eina samada kejadian ini sahih atau hanya direka pihak yang dengkikan beliau.
Eina berkahwin pada awal September lalu dan menerima wang hantaran sebanyak RM77,000.
Beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang pelakon lelaki Afiq Muiz namun hubungan tersebut tidak berpanjangan. 

1 comment:

Anonymous said...

dah start dah penyakit org mcm ni.. sakit hati tengok..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive