11 November 2014

Firman Mahu Derma Sebahagian Wang Kemenangan #AF2014 Ke Tabung Gaza

ibu saya tak risau lagi masa depan firman af2014

Keluarga Firman
KUALA LUMPUR, 11 NOV 2014: Juara Akademi Fantasia 2014 (#AF2014) Firman bersyukur kerana hasratnya untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah tercapai.
Menurut Firman, dia akan menggunakan wang kemenangan yang berjumlah RM50,000 itu dengan sebaik mungkin dan akan mendermakan sebahagian wang tersebut ke tabung Gaza.
“Saya tak pernah jangka yang saya akan menjadi juara #AF2014 kerana semua saingan hebat-hebat belaka… Saya bersyukur dan ini adalah anugerah ilahi kepada saya
.
“Sebenarnya sebelum ini saya dah rancang, jika saya menang saya dah niat nak bawa ibu bapa saya pergi umrah dahulu.
“Manakala sejumlah wang lagi saya akan dermakan ke Tabung Gaza… Kerana saya sedar, walaupun betapa sukarnya kehidupan yang saya lalui tetapi masih lagi ada yang lebih hidup susah berbanding saya.” katanya ketika ditemui Astro Gempak sejurus habis konsert akhir #AF2014 bertempat di MBSA, Shah Alam.
Firman atau nama sebenarnya Mhd Firman Bansir telah dinobatkan sebagai juara dan sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan Toyota Vios, pekej percutian ke Osaka, Jepun tajaan HNH Tours Sdn Bhd beserta sebuah trofi sumbangan Astro.
Firman dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 beserta Toyota Vios dan tajaan pakej percutian

Ibu: Saya Tak Risau Lagi Masa Depan Firman 


TEKS:  ELLYNA ALI
KUALA LUMPUR, 10 NOV 2014: Hanya rasa syukur yang tidak terhingga bersama linangan air mata hiba yang dirasai oleh pasangan suami isteri, Bansir Aban, 60, dan Painah Tambanan, 58, saat anak bongsu lelaki mereka iaitu Firman  diumumkan sebagai JUARA AKADEMI FANTASIA 2014 (#AF2014).

"Terus-terang saya tak sangka dia (Firman) jadi juara. Namun, saya bersyukur kerana akhirnya rezeki berpihak kepadanya. Insya Allah, sebaik saja pulang ke Tawau, Sabah pada hari Selasa (esok), mungkin kami sekeluarga akan adakan sedikit kenduri kesyukuran.

"Buat masa ini, kami tak dapat bincang apa-apa lagi dengan Firman, tapi sama ada dia pulang atau tidak dalam waktu yang terdekat, itulah yang mungkin akan kami rancang (kenduri).

"Kami juga sudah bersedia berdepan dengan apa saja kemungkinan selepas ini. Kami tahu, Firman pasti akan jarang pulang ke rumah, kami juga tahu dia pasti akan sibuk dengan kerjayanya seninya. Semua itu, sudah kami fikirkan," kata ibu Firman iaitu Painah kepada murai.com.my.

Painah juga mengakui dia tidak dapat menahan sebak tatkala mendengar gelaran juara #AF2014 menajdi milik Firman.
"Saya sebak dan tak dapat menahan tangis. Selama ini, saya seringkali risau bila memikirkan tentang soal masa depan Firman kerana masa depannya sebelum ini agak kabur. 
"Sebagai ibu, saya mahu lihat Firman berjaya dalam hidupnya dan saya juga sering mendoakan agar dia akan berjaya meraih apa jua impiannya. 

"Tapi, bila melihat kejayaan yang ditempuhinya , saya rasa sangat-sangat gembira dan bersyukur. Saya juga tidak risau lagi tentang masa depan Firman kerana saya tahu inilah jalan dan kehidupan yang akan dipilihnya nanti," kata Painah lagi kepada Portal Murai.

Sementara itu, bapa Firman iaitu Bansir pula berkata, dia ingin melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga buat pihak Astro kerana sanggup menerbangkan dia suami isteri ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan anak mereka itu beraksi konsert Final #AF2014.

"Terima kasih juga buat semua yang menyokong Firman. Selepas ini, kami reda dengan apa jua yang bakal kami hadapi. Lebih-lebih lagi sewaktu kepulangan Firman nanti.

"Kami tahu pasti akan ada penyokong Firman yang turut membanjiri rumah kami nanti. Insya Allah, kedatangan mereka akan kami terima dengan hati yang terbuka," katanya Bansir.

Firman memiliki 10 adik-beradik kesemuanya dan dia adalah anak kelapan serta anak lelaki bongsu daripada pasangan Bansir Aban dan Painah Tambanan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive