02 November 2014

PAS Tutup Mulut Rayuan Gantung 2 Adun


Hasnul Baharuddin (kiri) dan Saari Sungib.

KUALA LUMPUR: Nasib dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS berhubung rayuan terhadap keputusan parti itu menggantung keahlian mereka daripada parti itu tidak akan didedahkan kepada umum.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan untuk merahsiakan hasil mesyuarat majlis itu dibuat bagi menghormati kedua-dua Adun berkenaan.

"Kita akan hantar surat keputusan kepada dua orang yang merayu, lepas itu baru kita beritahu.

"Kandungan surat itu hanya boleh diberitahu dua tiga hari selepas ini, ini sebagai penghormatan kepada mereka berdua," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS di sini, Ahad.


Hasnul dan Saari ketika hadir pada sidang media menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar pada Ogos lalu.
Bagaimanapun Nik Muhammad Zawawi mengesahkan keputusan Majlis Syura Ulama terhadap rayuan Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) dicapai secara sebulat suara.

"Kita semua bersetuju dengan keputusan yang diambil, sebulat suara. Tak ada seorang pun yang bercanggah dengan keputusan itu," katanya.

Pada 11 Oktober lalu, Jawankuasa PAS pusat membuat keputusan menggantung keahliaan Saari dan Hasnul selama setahun berkuat kuasa serta merta.

Namun pada 27 Oktober lalu, kedua-dua mereka mengemukakan rayuan terhadap hukuman berkenaan.

Saari dan Hasnul sebelum ini menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar ketika Selangor dilanda krisis jawatan tersebut.

Kedua-dua Adun itu kemudiannya dipanggil oleh Jawatankuasa PAS Pusat bagi memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah dan membuat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti.

3 comments:

bat8 said...

Tuan

Stail mana pulak merahsiakan keputusan rayuan pergantungan ni. Setahu saya keputusan seperti ini amat penting dan besar kesannya.

Alasan untuk menghormati kedua Adun tersebut adalah satu alasan dangkal. Apatah lagi keputusan oleh MSU, badan tertinggi PAS dan dianggotai oleh tokoh2 yang tinggi ilmunya.

Bagaimana dengan hak ahli2 akar umbi untuk mengetahui keputusan tersebut?

Kita tahu MSU adalah badan ysng dikuasai oleh segelintir puak UG. Jurucakap diatas pun antara watak utama UG. Jadi apapun keputusannya tetap akan meletakkan puak UG ini dalam keadaan tertekan. Kekal hukuman ke, tambah hukuman ke, bebas terus ke atau pecat terus - ia akan memburukkan lagi imej UG.

Dalam hal ini, keputusan JKPP mengantung kedua Adun dan menyerahkan keputusan rayuan kepada MSU adalah satu tektikal politik yang bijak untuk memberi tekanan kepada puak UG yang sewenang2nya menggunakan MSU.

Anonymous said...

Tak fhm bahasa ke bengap...kan dia kata tggu la 2-3 hari lg lps empunya bdn diberi keputusan....ssh betul klu byk sgt dok dgr fitnah kotor2...hati x pernah aman.

bat8 said...

Anon 10:50

Tak faham perjalanan organasasi ke bengap. Mana ada orang buat macam ni. Apa bezanya umumkan selepas mesyuarat seperti yang dibuat orang kerana keputusannya tetap sama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive