02 December 2014

Anwar gesa Najib mohon maaf, tarik balik dakwaan


KUALA LUMPUR 2 DIS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf dan menarik semula kenyataan yang dibuat terhadapnya.
Anwar berkata, Najib pada Perhimpunan Agung Umno minggu lalu mendakwa beliau menawarkan RM100 juta kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dalam usaha membawanya menyertai Pakatan Rakyat.
anwar1Tuduhan itu berasaskan kenyataan Anifah di Mahkamah Tinggi yang mendakwa Anwar menawarkan ganjaran itu, dengan menamakan ahli Perniagaan, Datuk Ishak Ismail sebagai orang tengah.
Ismail bagaimanapun semalam menafikan membuat tawaran berkenaan, sebaliknya wakil Anifah sendiri datang bertemu beliau bagi memujuk Anwar menarik balik saman terhadapnya.
Kata Anwar, meskipun perbicaraan saman terhadap Anifah sedang berlangsung, Najib memilih untuk mengulangi tuduhan tidak berasas yang dibuat menteri berkenaan.
“Saya kini menyeru Najib untuk menarik balik kenyataan palsu yang dibuat pada perhimpunan UMNO itu dan memohon maaf kepada diri saya dan Pakatan Rakyat.
“Politik wang dan kaedah rasuah sentiasa menjadi lambang Umno dan BN,  Pakatan Rakyat tidak pernah mengamalkannya dan tidak akan bertolak ansur dengan politik  wang atau rasuah,” tegasnya.
Anifah pada 27 November memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Anwar untuk berpaling tadah.
Katanya, tawaran itu dibuat melalui Ishak  yang juga bekas Timbalan Presiden KFC bagi membawa 10 anggota parlimen Sabah menyertai Pakatan Rakyat dan membentuk kerajaan pada 2008.
Ishak bagaimanapun semalam menafikan sepenuhnya perkara itu dan sebaliknya mendakwa didekati “orang tengah” Anifah beberapa bulan lalu untuk memujuk Anwar menarik balik saman fitnah tersebut.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64339

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive