19 December 2014

Bapa Didakwa Rogol Anak Tiri Perempuan, Liwat Anak Lelaki - Polis


Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 10:14 AM


Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Seorang penganggur berusia 34 tahun didakwa merogol anak tiri perempuannya, yang berusia 12 tahun selama setahun, suspek turut didakwa meliwat anak lelakinya yang berusia empat tahun.

Pendedahan yang mengejutkan itu diceritakan sendiri oleh anak lelaki suspek selepas dia mengetahui apa yang dilakukan oleh ayahnya itu adalah satu jenayah.

"Kanak-kanak lelaki itu telah bertanya kepada ibunya di manakah bapanya dan ibu memberitahu ayahnya ditahan kerana mendera kakak tirinya secara seksual.

"Perkara tersebut telah menyebabkan kanak-kanak lelaki berkenaan sedar dan mendedahkan apa yang telah dilakukan oleh suspek terhadapnya," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Khairuddin Saad.  Doktor turut mengesahkan bahawa kanak-kanak lelaki itu telah diliwat.

Bagaimanapun, dua lagi anak suspek tidak didera.

Suspek akan didakwa ke mahkamah hari ini kerana melakukan persetubuhan luar tabii di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Dia berhadapan dengan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebatan.

Lelaki tersebut ditahan di rumahnya di Kampung Cheras Baru pada 13 Disember lalu selepas anak perempuan tiri suspek memberitahu ibunya dia dirogol dua kali seminggu.

Ibu mangsa telah keluar rumah dengan membawa empat anaknya untuk tinggal bersama saudara mereka.

Pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka.

Remaja perempuan berkenaan merupakan anak ibunya daripada perkahwinan yang terdahulu.

Mangsa berkata suspek akan merogolnya di dalam bilik tidurnya atau bilik tidur suspek.

Kejadian rogol itu berlaku apabila ibunya keluar bekerja dan ketika adik perempuannya yang lain bermain di luar rumah.

"Dia tidak ingat berapa kali dia dirogol. Apa yang dia beritahu kami ia terjadi banyak kali, mungkin dua kali seminggu," kata Khairuddin. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive