Mulai 1 Januari besar kemungkinan harga dua bahan bakar ini dijangka turun di bawah paras RM2 jika harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.
Ia jelas menunjukkan langkah kerajaan memansuh subsidi dan letak RON95 dan diesel bawah pengapungan terkawal seperti RON97 satu keputusan tepat.
Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Rembau Sabtu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata harga runcit bawah paras RM2 seliter boleh dicapai kerana bagi 18 hari pertama bulan ini, harga purata minyak RON95 dan diesel jatuh di bawah paras RM2 seliter.
"Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan pada harga di bawah RM2 seliter," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat pada Majlis Penerangan dan Dialog Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) peringkat Parlimen Rembau di Pedas,Rembau Sabtu.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Awaludin Said.
Selaras dengan penurunan harga minyak, Ahmad juga berharap agar para peniaga dan syarikat dapat menurunkan harga barang jualan mereka.
"Saya berharap 10 syarikat utama ini, yang juga membekalkan 70-80 peratus barang makanan dalam Malaysia, hendaklah bertanggungjawab menurunkan harga barang jualan mereka," katanya.
Beliau berkata sekiranya syarikat terbabit enggan menurunkan harga barangan mereka, ada pelbagai akta di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memastikan ia dilaksanakan.
"Kita amat kesal, kalau harga minyak naik sikit, terus naik (harga) serta merta, tetapi bila harga minyak sudah turun, tak ada (harga) turun sedikit pun," katanya.
Berkenaan GST, Ahmad berkata kerajaan sudah menjalankan 500 program penerangan sistem cukai baharu itu yang akan dilaksanakan April depan, di peringkat Parlimen di seluruh negara.
"Ada lebih kurang 400 program seumpama ini belum dilaksanakan.
"Jadi saya menggesa Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menyelesaikan kesemua program ini pada bulan Januari dan Februari ini, supaya semua (kawasan) Parlimen dapat difahamkan tentang GST ini," kata Ahmad.- 19/12/2014
1 comment:
...
Pemimpin BN Sindir Anak Muda Pahang TerLAJAK BODOH!
Kenapa?
Anak Muda Pahang Kecik Hati dan Merajuk..
Kerana UMNO - Setiap Anak Pahang tanggung HUTANG!
* Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.
Saya Ulang..
Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.
Sumber Berita
>> Sumber 1 <<
>> Sumber 2 <<
...
Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO... Jahat dan tiada hati perut langsung!!... Kesian Betul!!
( Lihat Bukti Di Youtube )
https://www.youtube.com/watch?v=5WEaBZcx-WE
https://www.youtube.com/watch?v=vw2B1XMax04
https://www.youtube.com/watch?v=0tRzqwkqrC0
https://www.youtube.com/watch?v=0NuxFlS80bg
https://www.youtube.com/watch?v=SviwJnhNA-Q
https://www.youtube.com/watch?v=RowxovebgI4
Sumber Berita
>> Klik Di Sini <<
Post a Comment