22 December 2014

Sarang Pelacuran Diserbu, 12 Warga Asing Ditahan



Diterbitkan: Isnin, 22 Disember 2014 4:01 PM

KLANG:Dua 'sarang' pelacuran yang berselindung di sebalik premis pusat urut dan refleksologi di Bukit Tinggi di sini, terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa malam Ahad.
Dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu, seramai 12 tukang urut warga asing yang dijadikan hamba seks ditahan.
Mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh warga Vietnam dan lima lagi warga Thailand kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Kesemua mereka berusia 19 hingga 37 tahun.


Turut ditahan dua penjaga premis tersebut bagi membantu siasatan.

Ketua Operasinya, Asisten  Superintendan Muhammad Mohd Jais memberitahu, serbuan itu dibuat berikutan aduan orang ramai yang kurang senang dengan kegiatan tidak bermoral itu dan hasil risikan selama seminggu.

Katanya, sindiket tersebut menggunakan aplikasi We Chat untuk mendapatkan pelanggan.

Beliau berkata, sindiket tersebut turut menawarkan pakej 'Call Girl' dengan caj sekitar RM200 hingga RM400 semalam.

"Sejumlah kondom dan peralatan seks turut ditemui dalam serbuan itu," katanya.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive