07 January 2015

ACP Yang Ditahan Memiliki Dadah Masih Di Bukit Aman

Gambar FotoGambar FotoPETALING JAYA : Sebuah Pasukan Petugas Khas (PPK) pelbagai agensi yang diterajui Jabatan Peguam Negara (JPN) dipercayai telah melakukan penyiasatan secara selektif, dakwa Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch), R. Sri Sanjeevan.
Antaranya kes yang melibatkan 60 orang anggota polis yang terlibat di dalam aktiviti rasuah dan penyeludupan. Salah seorang yang terlibat adalah pegawai polis yang berpangkat datuk di Bukit Aman.
“Kes itu sedang disiasat dan ia mengambil masa yang sangat lama. Sehingga ke hari ini, tidak ada seorang anggota pun yang ditahan dan di bawa ke muka pengadilan. Tidak ada sebarang perkembangan mengenai kes tersebut,” katanya sewaktu bercakap kepada Free Malaysia Today.
Jelasnya, ini bukan perkara yang melibatkan enam anggota polis tetapi ia melibatkan satu jumlah yang besar dan rakyat harus dimaklumkan mengenai perkara ini.
Dalam pada masa yang sama, Sanjeevan juga mendesak supaya status seorang pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner (ACP) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana memiliki wang sebanyak setengah juta ringgit diperjelaskan.
“Apabila diperiksa tubuhnya, beliau memiliki wang sebanyak RM80,000.00 dan apabila digeledah rumahnya baki wang tersebut berjaya ditemui,” katanya.
Bukan itu sahaja, pihak SPRM turut menemui dadah jenis pil eremin 5 di rumahnya.
“Sebanyak 80 pil eremin 5 berjaya ditemui dan sepatutnya beliau harus disiasat dan ditahan, tetapi perkara sebaliknya berlaku,” katanya.
Sanjeevan menyatakan polis berpangkat ACP tersebut masih bebas dan masih berkerja di Bukit Aman, cuma dipindahkan ke bahagian lain.
“Pihak Peguam Negara, dan SPRM harus menjelaskan perkara ini,” ujarnya lagi.
Katanya, pihak SPRM tidak memiliki kuasa untuk menahan seseorang yang memiliki dadah, dan seharusnya pihak SPRM menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.
“Kes itu sudah berlanjutan selama dua bulan. Kenapa kes ini dilambatkan, kerana ia melibatkan kes yang berprofil tinggi,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive