12 January 2015

Identiti Penembak MH17 Didedah


Kapten Vladislav Voloshin  dipercayai menerbangkan pesawat tempur SU-17 yang dilengkapai peluru berpandu ke udara jenis R-60 ketika insiden nahas MH17 ditembak jatuh/Foto:www.dailymail.co.uk.Kapten Vladislav Voloshin dipercayai menerbangkan pesawat tempur SU-17 yang dilengkapai peluru berpandu ke udara jenis R-60 ketika insiden nahas MH17 ditembak jatuh/Foto:www.dailymail.co.uk.KIEV: Teka-teki siapa yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di kawasan timur Ukraine pada 17 Julai lalu dilihat semakin jelas apabila pemberontak pro-Rusia mendedahkan identiti serta gambar juruterbang pesawat tentera Ukraine yang didakwa menembak pesawat malang itu.
Jawatankuasa Siasatan Rusia yang diketuai Alexander Bastrykin menyatakan, juruterbang itu dikenali sebagai Kapten Vladislav Voloshin yang dianggarkan berusia 20-an.
Menurut Bastrykin, ketika nahas pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Voloshin dipercayai menerbangkan pesawat tempur SU-17 yang dilengkapi peluru berpandu ke udara jenis R-60.
Jelas Bastrykin lagi, dakwaan mengaitkan Voloshin sebagai dalang dalam insiden yang membunuh 298 penumpang dan anak kapal itu didedahkan seorang ‘saksi rahsia’ apabila dikatakan dia pulang ke pangkalan Tentera Udara Ukraine tanpa peluru berpandu, dipercayai digunakan menembak jatuh sebuah pesawat (MH17).
“Berdasarkan maklumat saksi yang kami peroleh dari pangkalan tentera Ukraine, Voloshin kelihatan takut apabila memaklumkan dia tersalah tembak pesawat, dipercayai MH17 yang berada di lokasi kejadian pada waktu dan tempat yang salah.
“Saksi yang memberi maklumat itu kini berada di lokasi rahsia di Rusia dan segala laporan yang disalurkan boleh dipercayai kerana dia lulus dalam ujian pembohongan,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita Mail Online, semalam.
Sementara itu, jurucakap jawatankuasa terbabit, Vladimir Markin menyatakan untuk menjelaskan kebenaran yang mengaitkan Voloshin dalam insiden berkenaan, juruterbang itu perlu menjalani ujian poligraf (ujian mengesan pembohongan) dengan pemantauan pasukan penyiasat Belanda atau Malaysia.- mD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive