22 January 2015

PDRM Siasat Individu Rakam Video Zamani Nyanyi Sambil Digari - KPN


Foto:MIFoto:MIKUALA LUMPUR: Susulan penyebaran video yang memaparkan bekas vokalis popular kumpulan Slam, Zamani menyanyi dalam keadaan tangan digari, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang merakam dan memuat naik video berkenaan.
Perkara tersebut dimaklumkan Khalid di laman sosial, Twitter miliknya, @KBAB51 sebentar tadi selepas satu video berdurasi 1 minit 23 saat memaparkan bekas vokalis itu seolah dipaksa menyanyi, mula tersebar di laman sosial termasuk aplikasi whatsApp, sejak pagi tadi.
Akibat penyebaran video tersebut, rata-rata pengguna laman sosial dilihat mengutuk insiden berkenaan dan menyatakan ia sepatutnya tidak berlaku.
Foto:TwitterFoto:Twitter
Terdahulu, penyanyi berusia 43 tahun yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang di tahan di Taman Keramat Ampang kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.
Turut ditahan bersama Zamani seorang wanita berusia 32 tahun.
Mahkamah Majistret Ampang membenarkan tahanan reman empat hari ke atas penyanyi dan wanita tersebut, bermula semalam bagi membantu siasatan.- mD

BERITA TERDAHULU
Foto: Utusan MalaysiaSelepas ditahan pihak polis atas tuduhan penagihan dadah, tersebar sebuah video yang menunjukkan vokalis popular kumpulan Slam, Zamani dibuli ketika berada dalam lokap.
Menerusi klip video berdurasi 1.24 minit itu menunjukkan Zamani yang kelihatan digari pada tangannya dipaksa menyanyikan lagu Gerimis Mengundang.

Akibat tersebar rakaman itu di laman sosial, ia menimbulkan kemarahan orang ramai khusus peminat Zamani dan Slam yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai suatu yang mengaibkan.
Malah, peminat juga mempersoalkan tindakan rakaman itu dilakukan dan meminta pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya.
Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 tengah malam semalam.

Penyanyi itu ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram telah ditemui di dalam salah sebuah bilik di kediaman penyanyi itu.
Soal siasat awal mendapati suspek (Zamani) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun. - MD

1 comment:

Unknown said...

Polis sekarang berbeza dgn polis dulu... ramai yg tak beretika... ikut kepala sendiri... kalau dulu nak nengok polis pergi kedai makan pakai uniform ...memang tak da..arwah bapa aku dulu polis... sanggup balik rumah tukar baju dulu baru pergi kedai... sekarang berlori2 yg tak beretika... ini seme punca dari ketua yg tak beretika juga... stakat umum nak ambil tindakan tegas... stakat lebong boleh le...sapa yg tau...lebong..lebong..lebong... itu je la yg boleh... esok dah masok kubor baru rasa penangan lebong tu... inilah jadinya bila jadi lembu politik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive