01 February 2015

PEMAIN bola sepak Jerman Danny Blum, 24, peluk Islam


  • Danny bergambar dengan latar belakang sebuah masjid.Danny bergambar dengan latar belakang sebuah masjid.
 1 / 1 
PEMAIN bola sepak dari Jerman Danny Blum, 24, telah mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam selepas ‘menemui sesuatu yang baharu’.

Memetik laporan OnIslam.net, Danny berkata, agama baharu anutannya itu (Islam) memberi harapan dan kekuatan terhadapnnya.

“Kadangkala hati dan perasaan tidak menentu dan saya pun tidak faham dengan diri saya ketika itu…hingga saya kenal Islam. Islam beri harapan dan kekuatan, solat menenangkan jiwa saya,” katanya.

Jelas Danny, antara keinginannya untuk memeluk Islam tercetus apabila beliau terfikir akan hidup di dunia ini yang tiada arah tujuan.

“Tinggal dalam kemewahan, setiap hujung minggu boleh bercuti, tiada tanggungjawab untuk apa pun dan apa yang akan terjadi ?,” katanya.

Danny  menyertai FC Nürnberg Bavaria pada Julai lalu.

Pasukan itu bermain di Divisyen Dua bola sepak profesional di Jerman, Bundesliga.

Tidak lama selepas menyertai pasukan itu, dia mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.

Jelas Danny, ketika melawat masjid, ada sesuatu yang menolaknya untuk mengetahui tentang isinya.

"Saya telah melawat masjid, dan saya terus berdebar-debar. Saya rasa ada sesuatu yang ingin saya tahu,” ujarnya.

Semenjak itu, dia berdoa lima kali sehari dan makan makanan halal. Lantas memberitahu ibu bapanya tentang keputusannya untuk memeluk Islam.

"Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama lagi mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa ia adalah betul," katanya.

"Islam adalah agama yang aman. Iman saya mengatakan: tidak pernah memaksa sesiapa untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Jika anda berfikir, ia perlu datang secara sukarela dari hati! " ujarnya

Jerman dianggarkan terdapat hampir 4 juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive