01 February 2015

Harga RON95, RON97 Dan Diesel Turun Mulai 1 Februari 2015



Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 10:07 PM

KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON95 diturunkan21 sen seliter kepada RM1.70 seliter manakala harga RON97 diturunkan sebanyak 11sen seliter kepada RM2 seliter berkuat kuasa 1 Februari 2015.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 23 sen seliterkepada RM1.70 seliter.

Beliau berkata kerajaan pada 21 Nov 2014 memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1Dis 2014.

"Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata hargakos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang," katanya dalam satu kenyataan di sini Sabtu malam.

Beliau berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produkdan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petroldan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

"Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agarmematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini," katanya. - mStar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive