26 March 2015

Haji Hadi terima sokongan mencurah selepas dihina Guan Eng

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima sokongan mencurah-curah daripada ahli PAS selepas dihina habis-habisan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Seorang Ahli parlimen PAS memberitahu Agendadaily, gelombang sokongan kepada Abdul Hadi akan diterjemahkan dalam mesyuarat-mesyuarat PAS Kawasan dan sudah pasti akan menyukarkan golongan penyokong DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS.
"Mereka yang merancang untuk menggulingkan Abdul Hadi kini berdepan kesukaran besar kerana, ahli PAS melihat kenyataan Guan Eng itu seebagai campur tangan DAP dalam pemilihan PAS... mereka akan 'rally' dibelakang Abdul Hadi dan kepimpinan ulama," ujar beliau yang enggan namanya disiarkan.
Guan Eng sebelum ini berkata DAP memutuskan hubungan dengan Abdul hadi yang disifatkan tidak jujur dan bermaruah.
Bagi Naib Presiden PAS paling kanan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin DAP itu perlu tarik balik kenyataannya.
"Kenyataan biadab dan menghina bertubi-tubi yang dilakukan DAP terhadap Presiden dan PAS telah melampaui adab dan budaya yang tidak dapat diterima rakyat Malaysia, apatah lagi dalam satu gabungan pakatan," kata beliau dalam facebooknya Rabu.
Tegasnya, PAS menggesa DAP menarik balik semua tuduhan melampau yang dikeluarkan.
"Tiada erti mesyuarat Pakatan Rakyat diadakan jika DAP meneruskan sikap sombong biadap dengan enggan menarik balik tuduhan liar melampau mereka terhadap Presiden PAS," kata beliau.
Sementara itu Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda PAS Pulau Pinang hari ini menyatakan sokongan dan berdiri teguh mempertahankan Abdul Hadi berhubung isu hudud.
Ketiga-tiga cabang PAS Pulau Pinang berkata tindakan DAP memutuskan hubungan dengan presiden PAS bermaksud memutuskan hubungan dengan PAS keseluruhannya.
Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang Mohd Fauzi Yusof, Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang Hasanah Idrus dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah dalam kenyataan bersama itu, berkata hubungan dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan yang bersifat parti dengan parti, bukan individu dengan individu.
"Kami kesal terhadap tuduhan tidak jujur dan tidak bermaruah ke atas presiden PAS yang kononnya telah bekerjasama dengan UMNO untuk melanggar semangat konsensus Pakatan Rakyat.
"Kami menggesa supaya tuduhan ini ditarik balik serta merta, melainkan jika DAP benar-benar mahu Pakatan Rakyat berkubur," menurut satu kenyataan bersama yang dihantar kepada media.
Pada Selasa, Lim Guan Eng berkata DAP akan memutuskan hubungan dan menghentikan kerjasama dengan Abdul Hadi kerana bertindak secara tidak jujur dan bermaruah dalam Pakatan Rakyat.
Kenyataan itu menyebut, PAS sewajarnya mempunyai hak untuk mengemukakan rang undang-undang berkaitan hudud kerana Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen berpandukan Perlembagaan Persekutuan.
"Sama ada rang undang-undang itu diterima atau sebaliknya, ia bergantung kepada keputusan yang akan dibuat dalam Parlimen kelak," menurut kenyataan itu.
Selanjutnya tegas kenyataan itu, Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda PAS Pulau Pinang juga bersedia untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja termasuk DAP bagi menyampaikan dakwah mengenai keindahan Islam yang bersifat universal.-26/3/2015

5 comments:

Anonymous said...

Memang mimpi indah........tunggu PRU 14........ini yg dikatakan ampu bawa rebah.........rupanya ulamak pas pun dah jadi macam ameno dlm bab ampu ampu ni........Nazri aziz kata Pas dan Presidenya bodoh terangterangan........xmenghina ke?

Anonymous said...

Tak elok tidur waktu senja,nak pula dapat mimpi.Jadi kenyataan itu mungkin dalam mimpi dan belum pasti menjadi kenyataan,cuba fikir ,mengapa tiba2 isu ini timbul ,isunya Hj hadi dihina ,dibeci.cipuja,dihentak.dibicarakan di mahkamah,difitnah,adakah selam ni Hj hadi menerima perkara begini,cuba muhasabah diri,samada Hj hadiu atau pengikutnya atau admin sendiri,cuba cari puncanya dan cuma renung adakah selam ni TKNA dihina oleh rakan sendiri,kalau oleh musuh kita tak nafikan,oleh itu benar ke apa yang admin tulis ni Hj hadi mendapat sokong membuak2.Beanr ke.?

Anonymous said...

Saya rasa dia punca kelemahan PAS dan Pakatan.

Buatlah survey yang boleh dipercayai.

Anonymous said...

Temberanglah.

Adakah apa yang dinyatakan oleh DAP itu fitnah?

Adakah kerana cina menegur TGHA tentang perkara2 itu, maka dosa2 TGHA atas perkara2 tersebut gugur, dan dirinya tidak berdosa atas perkara2 itu?

COME ONLAH!!!, lihat dan kaji sebab kenyataan itu dikeluarkan secara objektif... benar atau fitnah... atau kita akan menjadi seperti umat2 terdahulu yg dibinasakan Allah kerana mereka saling tolong menolong melindungi golongan mereka yang membuat kesalahan atau ASSABIYAH.

Unknown said...

Selagi pemimpin itu beramanah dgn Allah... kita wajib sokong... pemimpin yg jahat ... terlibat dgn penyelewengan, rogol, bunuh, rasuah dan menghina hukum Allah kita Wajib tentang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive