08 March 2015

Harun Salim Bachik meninggal dunia


Pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik meninggal dunia sebentar tadi setelah rebah dalam tandas di kawasan rehat PLUS Bukit Merah arah Selatan.
Beliau adalah anak lelaki kepada seorang pelakon zaman 50-an iaitu Salim Bachik. Mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an.
Gandingan beliau bersama Sudiro Sukiman berjaya menjadikan sitkom Rumah Kedai diingati sehigga ke hari ini.
Selain daripada drama Rumah Kedai, beliau juga terlibat dalam sitkom bersiri iaitu Gado-Gado yang di tayangkan di TV1. Gado-gado adalah batu loncatan yang sebenar kepada beliau di dalam dunia lakonan.
Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir. Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati.
Beiau menjadi Presiden Seniman , sebuah persatuan (NGO) yang memperjuang nasib artis di Malaysia.
Kini, beliau memegang watak sebagai seorang guru disiplin dalam siri Oh My English di Astro TVIQ & Astro Maya.

Jenazah Allahyarham Harun Salim Bachik akan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Pandan Perdana malam ini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive