16 March 2015

Nurul Izzah ditahan


Sendiri bikin sendiri tanggung.Kalau ingat balik Selasa lalu Nurul Izzah main sedap mulut dalam sidang Dewan Rakyat antara lain tuduh badan kehakiman jual diri pada syaitan dalam kes liwat bapanya,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bayangkan seorang wakil rakyat buat tuduhan semberono begitu sedangkan para hakim tidak dapat mempertahankan diri mereka di Dewan Rakyat.
Nurul Izzah mungkin rasa beliau ada kuasa lindungan imuniti sebagai Ahli Parlimen untuk bercakap apa saja.
Perbuatan anak Anwar ini cuba main politik ke tahap paling rendah menghina badan kehakiman semata-mata mempertahankan perbuatan mungkar bapanya yang didapati bersalah meliwat oleh mahkamah telah mencetuskan kemarahan ramai pihak.
Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Datuk Zulkifli Nordin telah membuat laporan polis terhadap ucapan berkenaan.
Beliau yang juga bekas peguam Anwar semas akes liwat pertama dulu berpendapat Nurul Izzah tidak dilindungi kekebalan sebagai Ahli Parlimen jika buat kesalahan melibatkan Akta Hasutan.
"Memang benar Perkara 63 Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan memberikan imuniti kepada Ahli Parlimen untuk bebas bercakap apa sahaja didalam Dewan dan diberi kekebalan daripada sebarang tindakan undang-undang, namun Perkara 63 Fasal 4 memperuntukkan bahawa kekebalan itu tidak terpakai bagi sebarang kesalahan dibawah Akta Hasutan.
"Ini disahkan oleh keputusan Mahkamah Persekutuan didalam kes Datuk Mark Koding -v- Pendakwaraya [1982] 2 MLJ 120 FC bilamana Datuk Mark Koding dikenakan tindakan pendakwaan menghasut dibawah Akta Hasutan walaupun ucapan beliau itu dibuat didalam sidang Dewan Rakyat,"kata Zulkifli.
Petang Isnin,Nurul Izzah ditahan untuk siasatan dibawah Akta Hasutan selepas beliau memberi keterangan mengenai penyertaannya dalam demo kes liwat Anwar di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Peguamnya sahkan beliau ditahan untuk siasatan kerana ucapannya di Dewan Rakyat Selasa lalu.
Nurul Izzah membuat ucapan menghina badan kehakiman itu dipermulaan perbahasannya yang katanya untuk membacakan ucapan bagi pihak bapanya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Bagaimanapun pihak Timbalan Speaker Dewan Rakyat memutuskan ucapan berkenaan adalah sebahagian dari ucapannya dan bukan Anwar.
Masa ucapan permulaan itu sekitar empat minit beliau antara lain dakwa Anwar tidak bersalah.
"Dalam tunduk akur kehendak politik, para hakim jadi rakan jenayah pembunuhan, kebebasan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi jaminan kepada kebendaan dan jaminan jawatan,”katanya.
Sementara itu Nurul Izzah ditahan semalam dalam lokap balai polis Jinjang.
Pendengaran reman akan dibuat jam 10 pagi Selasa.- 16/3/2015

1 comment:

Anonymous said...

masa akan sampai jugak bila mana nanti akan ada mp dari bn yang buat ucapan yang boleh ditakrif asutan di perlimen .
kita tengok sama tak tindakan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive