21 March 2015

Penyampai Diugut, Stesen Radio Tarik Balik Video Hudud





PETALING JAYA: Seorang wartawan dari stesen radio BFM menerima ugutan selepas muncul sebagai penyampai dalam video pembentangan undang-undang hudud di Kelantan menjadi viral.

Gambar-gambar Aisyah Tajuddin telah tersebar secara meluas di Facebook dengan pelbagai kata-kata kesat ditulis terhadapnya oleh pengguna.

Justeru, BFM telah mengeluarkan video itu dari halaman YouTube BFM.

Stesen ini berkata pihaknya kesal dengan serangan peribadi terhadap Aisyah yang hanya menjadi penyampai tidak tetap dalam video tersebut, bukannya penyampai biasa.

Dalam video satira dua minit "Hudud Isi Periuk Nasi" yang disiarkan pada Khamis, Aisya telah mengkritik Dewan Undangan Negeri Kelantan yang meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Video ini dihasilkan dan diarahkan oleh Projek Dialog, platform untuk membincangkan isu-isu penting di negara ini.

Aisyah menyatakan bahawa agama telah digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar seperti ekonomi dan kadar penggunaan dadah dan perceraian yang tinggi.

Video itu telah disiarkan di laman Kelantan Story  & Jj Stall Story Facebook dan seterusnya dikongsi lebih 16,500 kali pada masa penulisan.

Ramai pengguna Facebook memberi komen dengan bertanya mengapa Aisyah mempersoalkan undang-undang Tuhan dan menyuruhnya bertaubat.

BFM berkata Aisyah bukanlah penulis skrip, justeru apa yang dilihat di video itu bukanlah pendirian peribadinya mengenai isu itu.

Mereka juga memohon maaf di atas sebarang kesalahan yang mungkin timbul daripada video tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

Kesilapan sistem keseluruhan kehidupan yg sedia ada yg dijana oleh pemimpin, menghasilakan fenomina sedeikian, Allah masih syg pd gulungan-gulungan seperti ini supaya segera bertaubat. kalau ikut hati saya hendak saja mendoakan pd Allah agar puank-puak seperti ini ditiadakan lagi di bumi ini kalau ketiadaan merekam, baik untuk Islam. Tapai kalau Allah masih lg hendak gulungan spt ini ada di muka bumi, itu tandanya Allah hendak mereka bertaubat atau ianya sebagai ujian untuk orang beriman, sebagaimana Iblis/Syaitan yang menghasut dan mengajak kemanusia kearah jauh dari Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive