21 March 2015

Video Hina Hudud : Polis Siasat BFM


KUALA LUMPUR 21 Mac - Polis akan menyiasat stesen radio BFM berhubung penyiaran klip video kontroversi bertajuk "Hudud Isi Periuk Nasi" yang menampilkan seorang penyampai wanita baru-baru ini.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi laman twitternya hari ini.

Khalid juga berkata, polis akan memanggil dan menyiasat pihak yang mengugut wanita berkenaan.

"Kes BFM, @PDRMsia akan siasat kedua-dua pihak, penyiar BFM dan yang ugut penyiar. Penulis skrip penyiar juga akan dipanggil," katanya. Klip video dengan skripnya disampaikan seorang wanita, Aisyah Tajudin, itu dimuat naik kelmarin. Ia dikatakan menyindir kelulusan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Penyiaran klip video itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pengguna di media sosial yang menganggap stesen radio dan wanita itu tidak sensitif dalam menyampaikan laporan mereka.

Semalam, stesen radio itu memohon maaf dan menarik balik klip video berkenaan yang menjadi viral di internet.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive