Polis terus menahan pemimpin pembangkang berhubung siasatan kes perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sabtu lalu.
Terbaru, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ditangkap ketika hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat aduan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Rafizi ditahan jam 7 malam bagi siasatan bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.
Ketua PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (foto, dengan mikrofon), yang ditahan dua hari lalu, dibebaskan jam 8.20 malam ini, kata peguamnya Melissa Sasidaran.
Seorang lagi pemimpin demonstrasi Kita Lawan, Fariz Musa (foto, pakai topi), ditahan hari ini dan belum dibebaskan.
Menurut kenyataan biro komunikasi PKR, Rafizi ditahan sejurus selesai memberi keterangan berkenaan dakwaan berkaitan syarikat pelaburan negara itu.

2 comments:
X mau dia hadir dan bercakap ttg perkara tu di parlimenlah tu.
Jangan lupa dia inilah orangnya menumbangkan penyelewengan NFC... mungkin mampu menumbang penyeleweng 1MDB.
Post a Comment