Showing posts with label Amy Search. Show all posts
Showing posts with label Amy Search. Show all posts

21 June 2014

Amy Search maki anaknya Nabila Huda di Instagram

Nampaknya Amy Search sudah tidak menahan kesabaran dengan tingkah laku anaknya, Nabila Huda. Terbaru, Amy telah memaki hamun anaknya sendiri dengan perkataan agar kasar di sebuah gambar yang dimuat naik oleh Nabila Huda. Gambar tersebut menunjukkan Nabila mencium seorang lelaki yang identitinya tidak diketahui.
amy search maki nabila huda

21 November 2013

Amy [Search] mengaku muflis


Amy
SHAH ALAM: Sekian lama berdiam diri selepas dikatakan muflis, vokalis kumpulan Search iaitu Amy akhirnya mengaku mengenai kontroversi itu selain mendedahkan dia telah dianiaya oleh sahabat sendiri.
Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 55, bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara tersebut dan hanya akan berbuat demikian apabila kes berkenaan dibawa ke mahkamah.
"Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan.
"Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya," kata Amy kepada mStar Online.
Amy ditemui selepas sidang media Konsert Destini di Hotel Blue Wave di sini, Rabu.
Konsert bagi mengumpul dana Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) itu bakal diadakan pada 20 dan 21 Disember depan menampilkan barisan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Rossa, Pansha (Ungu), Adira, Hafiz, Jaclyn Victor, Awie dan Dayang Nurfaizah.
Amy sebelum ini dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009.
Perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy isytihar sebagai muflis.
Dalam pada itu, mengulas mengenai luahannya mengenai perkara itu di Facebook miliknya pada Rabu, Amy berkata tindakannya mendedahkan mengenai kemelut itu berlaku secara tiba-tiba.
Jelas Amy, sebelum ini dia berdiam diri dan mengelak daripada berbicara mengenai perkara itu kerana enggan isu tersebut menjadi kecoh sehingga timbulnya fitnah.
"Apa yang saya kongsi di laman Facebook adalah luahan rasa hati yang saya pendamkan selama beberapa tahun ini.
"Luahan saya itu hanya sedikit dan masih banyak perkara lain belum saya luahkan," jelasnya.
Sementara itu, Amy berkata, walaupun pada mulanya dia sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia telah muflis dan dikhianati oleh sahabatnya sendiri namun dia menyedari ia adalah satu dugaan.
Jelas Amy, dia tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan yakin ada hikmah di sebalik kejadian itu.
"Apa lagi yang boleh saya buat selain bersabar dengan dugaan yang menimpa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.
"Saya masih bersyukur kerana mempunyai kudrat untuk terus bekerja dan menampung keluarga," katanya.
Malah kata Amy, dia sudah memaafkan orang yang mengkhianatinya dan berharap individu tersebut akan memperbetulkan kembali keadaan.

11 April 2009

Amy Search Sertai PAS?


KOTA BAHARU: Ikon rock negara, Amy Search menafikan telah menyertai parti PAS berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di sini, hari ini.
Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.
"Tidak...saya belum menyertai PAS dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo."Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya.
"Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai PAS," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan.
Beliau berkata atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia merupakan satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz.Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan."Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka," katanya.
Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama."Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik," katanya. BERNAMA

01 August 2008

Amy Search Dapat Rumah 2.5juta, Bina Yayasan dan Madrasah

Alhamdulillah setelah balik dari umrah, Amy telah berubah dengan agak drastik. Beliau kini lebih cenderung kepada usaha-usaha kebajikan dan membantu orang yang memerlukan. Rezeki beliau juga semakin bertambah kerana Amy baru mendapat hadiah sebuah rumah bernilai RM2.5 juta di kawasan perumahan elit sempena harijadi beliau yang ke 50.
Walaubagaimana pun, Amy enggan memberitahu siapakah gerangannya yang menghadiahkan rumah mewah itu kepadanya Amy juga akan melancarkan sebuah yayasan , bernama Yayasan Isabella yang diusahakan Amy membantu golongan miskin. ... seterusnya
Sumber: isuhangat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive