Showing posts with label Maksiat. Show all posts
Showing posts with label Maksiat. Show all posts

02 March 2014

Kedai kopi gesek

Oleh EKHWAN HAQUE FAZLUL HAQUE dan MOHD HAFIZEE MOHD AROP
Banting: Minum sambil bergesek, itulah menu tambahan ditawarkan pengusaha sebuah restoran di sini yang menyediakan sekurang-kurangnya 10 wanita warga China untuk menjadi peneman pengunjung sepanjang menjamu selera di premis dalam ladang kelapa sawit itu.
Terletak jauh di pinggir kota, gadis muda berkulit putih gebu yang rata-rata­nya berusia 20-an ini boleh dibawa keluar dan diajak ke ranjang dengan bayaran kira-kira RM500 oleh pengunjung mata keranjang, terutama pelanggan tetap, 
Itulah gambaran boleh diberikan kepada restoran berkenaan yang menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘China Doll’ kepada pengunjung­nya dipercayai sejak beberapa bulan lalu. 

Beroperasi kira-kira 500 meter dari jalan utama, tidak siapa menyangka ada lebih 10 GRO asyik melayan pelanggan secara terbuka di restoran berkenaan.
Foto
SALAH seorang GRO sedang melayan pelanggan.

Selain kopi dan teh, pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman keras selain menjalani sesi urutan dan belaian manja si genit yang hanya mengenakan skirt pendek dan baju nipis bagi menarik pelanggan.

15 February 2014

Maksiat malam Hari Kekasih

ALOR SETAR - Dua lelaki dari Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor, Perak, ditahan bersama pasangan masing-masing kerana disyaki berkhalwat di dua hotel bajet berasingan, di sini malam kelmarin.

Serbuan sempena Operasi Kekasih (Ops Kekasih) yang dilakukan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) itu memberi tumpuan di hotel-hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar menjelang Hari Kekasih.

Dalam serbuan pertama di sebuah hotel bajet Jalan Lengcong Barat, Tandop, dekat sini, lelaki berusia 31 tahun dari Langkawi yang juga suami orang itu ditahan dengan mengambil masa kira-kira 40 minit sebelum membuka pintu bilik.

Hasil pemeriksaan penguatkuasa mendapati pasangannya wanita berusia 30 tahun menyembunyikan diri di dalam bilik air.

02 January 2014

Lelaki tertinggal tunang bila diserbu

Oleh Zuliaty Zulkiffli
ALOR SETAR: Seorang lelaki yang melarikan diri apabila dikejar anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) terpaksa berpatah balik kerana `tertinggal' tunangnya ketika rumah sewa mereka diserbu, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 29 tahun itu dikaDifahamkan, lelaki itu dikatakan berjaya meloloskan diri keluar dari pagar rumah berkenaan ketika anggota penguat kuasa baru hendak menyerbu rumah itu dengan hanya berkaki ayam. 

Tapi, dia sudah jauh meninggalkan rumah kira-kira 500 meter berpatah balik ke kediaman itu setengah jam kemudian.

Dia menyerah diri selepas dihubungi tunangnya berusia 19 tahun apabila penguat kuasa meminta memberi kerjasama untuk diambil keterangan.

Wanita sarat mengandung antara dicekup di malam tahun baru

  • Bawa dua anak lakukan maksiatSanggup ibu ini membawa anaknya bersama ke sebuah hotel untuk melakukan maksiat.
 1 / 5 
GEORGETOWN - Sanggup seorang ibu membawa dua anaknya yang masih kecil ‘menemaninya’ melakukan maksiat.

Ibu yang berstatus isteri orang itu dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) melalui Ops Ambang Maksiat 2014 di sebuah hotel apartmen di sini.

Melalui operasi yang bermula jam 2 pagi itu mendapati seorang lelaki dengan selamba berada di ruang tamu bilik hotel berkenaan sedangkan wanita berkenaan berada di dalam bilik tidur.

Lebih mengejutkan apabila penguatkuasa juga terjumpa dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan enam tahun di sebuah lagi bilik tidur.

Dalam nada selamba lelaki tersebut mengaku dia ditemani rakannya sedangkan selepas penguatkuasa membuat pemeriksaan wanita itu pula mengaku lelaki tersebut sebagai suaminya.

Jawapan yang berbeza itu akhirnya menyebabkan kegiatan maksiat mereka dapat dihidu JAINPP sehingga membuktikan kedua-dua mereka berstatus suami dan isteri orang lain.

27 December 2013

Aksi terkutuk di surau spa



Sekadar gambar hiasan. Pic: thepitter-patter.blogspot.com Sekadar gambar hiasan. Pic: thepitter-patter.blogspot.comIPOH: Seorang pekerja salun kecantikan di Taman Ipoh Jaya Timur, Rapat Setia, di sini, yang dipercayai melakukan maksiat bersama seorang lelaki dicekup majikannya dalam keadaan tidak berpakaian dipremisnya bekerja, awal pagi kelmarin.
Lebih memalukan, pekerja wanita berusia 23 tahun dan baru enam bulan bekerja di spa terbabit terkantoi melakukan perbuatan terkutuk itu bersama pasangannya yang berusia 25 tahun di dalam surau spa itu.
Menurut pemilik spa dikenali sebagai Yaya, 27, dia menangkap pekerjanya itu ketika bersama beberapa pekerja lain mahu menyimpan barang di kedainya jam 5 pagi kerana pembekal terpaksa menghantar barang awal pagi berikutan cuti Krismas.

11 February 2013

Ini bukan Fitnah .. bukan Super impose .. tapi inilah perangai kebanyakan pemimpin UMporNO


Ketua Penerangan Umno Pandan 



Inilah dia perangai sebenar seorang pemimpin UMNO bertaraf Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pandan merangkap Ahli Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Syed Saifuddin b Syed Harman.

Kalau bercakap tak kering air liur kutuk, caci, maki hamun para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DSAI, TGNA.TGHA, LKS,LGE, Karpal Singh, DSWA, Nurul Izzah sebagai pemimpin yang memiliki moral yang amat rendah kononnya.

Sedangkan realitinya, moral sendiri jauh lebih rendah!!!!!







Sebab itu para pemimpin UMNO tidak layak berbicara pasal moral!!!!!

Ketua Bahagian UMNO Pandan kena penjara 8 tahun dan denda hampir RM1juta kerana melakukan jenayah rasuah semasa menjadi Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ketua Penerangannya pula asyik pergi saloon kecantikan.

http://omakkau.blogspot.com/2013/02/edisi-kantoi-meletupmisi-tawan-selangor.html

03 March 2012

Gelek ghairah di Kepong


OPERASI Polis D7 IPKKL membanteras aktiviti kegiatan maksiat di OPS Pub, Jalan Metro Prima Perdana Barat 7, Kepong.


OPERASI Polis D7 IPKKL membanteras aktiviti kegiatan maksiat di OPS Pub, Jalan Metro Prima Perdana Barat 7, Kepong. 

KUALA LUMPUR: Aksi 'catwalk' sambil menari dan menyanyi dalam pakaian mengghairahkan menjadi santapan mata buat pelanggan selain menyajikan khidmat seks dengan harga lumayan adalah antara tarikan sebuah pusat hiburan di Kepong.

Malah, pusat hiburan terbabit yang sudah lima tahun beroperasi didapati menyediakan pentas 'catwalk' di tengah-tengahnya sebagai tarikan kepada pengunjung melihat aksi ghairah wanita Thailand dan Vietnam.

01 January 2012

Lelaki miang Lembah Klang kini beralih ke Pulau Ketam

KLANG: Jaraknya tidak sampai 500 meter dari balai Islam dan balai polis, namun sebuah rumah pelacuran dikesan beroperasi secara bebas dan menjadi ‘port’ rahsia untuk lelaki hidung belang dari tanah besar memuaskan nafsu bersama ‘adik’ daripada pelbagai negara.

Golongan itu biasanya memberikan pelbagai alasan kepada keluarga, terutama isteri, seperti kononnya untuk memancing ke pulau berkenaan bagi mengaburi aktiviti gelap mereka.
Difahamkan, rumah pelacuran itu mengenakan caj antara RM100 hingga RM180 bergantung kepada rupa paras dan fizikal gadis berkenaan.

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan bukan saja membabitkan eksekutif muda, malah warga emas dan pesara yang masih tidak insaf serta gemar mencari keseronokan dunia dengan dibelai gadis muda, terutama dari Thailand, China dan Indonesia.

Selain itu, ada lelaki membawa kekasih gelap ke pulau berkenaan untuk memadu kasih kerana percaya lokasi itu selamat berikutan didiami sebahagian besar penduduk bukan Islam.


24 August 2011

Penguatkuasa tahan 2 pasangan buat 'projek' siang hari di bulan puasa ...

TANAH MERAH - Gara-gara ingin memadu asmara, dua pasangan ditahan oleh empat anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Jajahan Tanah Merah disalah sebuah hotel di Jalan Jedok jam 9 pagi semalam.

Menurut sumber, serbuan tersebut adalah untuk operasi rutin bulan Ramadan jika ada individu yang tidak puasa, namun yang ditahan adalah dua pasangan di bilik berasingan di hotel tersebut.

Serbuan ke atas pasangan pertama, yang mana gadis berusia 20 tahun bersama pasangan berusia lingkungan lewat 40-an mengambil masa 30 minit kerana mereka enggan membuka pintu bilik.

28 May 2011

18SX : Tidak memakai seluar dalam dan coli - boleh raba dulu

KUALA LUMPUR - Macam-macam taktik pelacur warga asing yang tidak pernah serik mencari pelanggan di sekitar medan selera di Jalan Pudu di sini apabila mereka kini tampil dengan gaya tidak memakai coli dan seluar dalam ketika mencari pelanggan.

Pelacur warga asing yang terdiri daripada kalangan warga China, warga Myanmar dan Indonesia itu dengan berpakaian seksi akan memberi kesempatan kepada pelanggan yang dihampiri menyentuh bahagian sulit mereka sebelum pelanggan itu ditarik ke hotel-hotel bajet di sekitar Jalan Pudu.

01 March 2011

Pakej melancung sambil bertukar-tukar suami isteri


JOHOR BAHRU: Pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan isteri. Begitu aktiviti seks bebas hujung minggu dikenali sebagai ‘swinger’ anjuran segelintir pelancong dari negara jiran yang kini cuba menjerat pasangan di bandar raya ini untuk menyertainya.

Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing. Malah, pelancong terbabit sanggup mengumpan ganjaran tertentu termasuk membiayai percutian selain menyediakan kemewahan jika pasangan suami isteri tempatan sanggup memenuhi permintaan mereka.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan seorang ejen insurans di Taman Indahpura, dekat Kulaijaya, Arshad Mohd Ali, 27, yang mendakwa hampir terjebak selepas dipelawa sepasang suami isteri golongan profesional dari negara jiran berusia 30-an.

Arshad berkata, dia mengenali pasangan terbabit ketika membeli-belah bersama isterinya yang sebaya di sebuah pasar raya di bandar raya ini, akhir Oktober tahun lalu selepas tertarik sikap mesra mereka sebelum bertukar nombor telefon.

Katanya, dia tidak sangka hasrat murninya menjalin persahabatan dengan pasangan terbabit mendatangkan masalah apabila pasangan itu sendiri mendedahkan niat buruk mereka.

“Pasangan suami isteri dikenali sebagai Nin dan Sue yang masing-masing bekerja sebagai jurutera itu beria-ia berkunjung ke rumah kami pada pertengahan November tahun lalu hampir setiap hujung minggu selain tidak ketinggalan menghubungi dan mengajak kami beriadah.

“Mulanya, tindakan itu menyebabkan hubungan kami suami isteri dengan pasangan terbabit semakin akrab dan bagi menghargai persahabatan, kami memenuhi permintaan mereka dengan berkunjung ke rumah mereka di negara itu,” katanya.

Arshad berkata, tembelang pasangan yang belum mempunyai anak itu mula terdedah selepas mereka menghantar SMS menghasut yang memintanya dan isteri mencuba aktiviti songsang itu.

Menurutnya, lebih mengejutkan, pasangan itu tanpa segan-silu mendedahkan identiti sebenar mereka yang turut menjadi ahli sebuah kelab seks di negara asal yang mahu menarik keanggotaan baru dalam kalangan penduduk negeri ini.

“Saya terkejut apabila menerima SMS daripada Nin dan pasangannya yang memberitahu mahu mengajak saya dan isteri ke Melaka untuk berseronok bersama-sama pada 6 Disember lalu.

“Mereka memberitahu mahu membiayai kos penginapan kami di hotel selain makan minum sepanjang percutian itu.

“Mereka yang mendakwa sudah bosan melayan nafsu pasangan masing-masing juga meminta kami mendaftar sebagai ahli kelab maksiat di negara mereka secepat mungkin bagi memulakan kehidupan baru yang konon menjanjikan keseronokan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Arshad berkata, Nin memberitahunya pakej pelancongan yang mempromosi seks bebas itu bergerak melalui kelab maksiat konon bertujuan menyemarakkan semula hubungan seks yang suram dalam kalangan pasangan suami isteri dan setiap peserta akan bertukar pasangan masing-masing suka sama suka.

Katanya, ketika dia menghubungi lelaki itu bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan, jurutera itu cuba meracuni pemikirannya dengan menyatakan amalan itu sudah menjadi trend masyarakat moden seluruh dunia.

“Saya dan isteri bimbang dengan perlakuan sumbang pasangan itu dan dan lebih rela memutuskan persahabatan songsang yang terjalin daripada terus hanyut dalam dunia maksiat.

“Kami berharap dengan pendedahan ini pasangan suami isteri lain lebih berhati-hati dengan taktik pasangan warga asing itu kerana boleh menghancurkan kebahagiaan rumah tangga selain merosakkan akidah,” katanya

21 November 2010

Dahaga di awal usia


KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.

Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.

Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.

Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.

Berikut kisah dua pelajar yang ‘dahaga di awal usia’.

KES 1 - ADILAH, 13:

“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.

Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.

Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.

Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.

Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.

Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.

Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.

Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.


KES 2 - RAHMAN, 15:

“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.

Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).

Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.

Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.

Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.

Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.

Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.

Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).

Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.

Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.

Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.

Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.

Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).

Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.

Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.

Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.

Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.

Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.

Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.

Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.

Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.

Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.

Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan.” - myMetro

18 October 2010

Putrajaya lubuk maksiat

PUTRAJAYA: Sama ada suka atau tidak, Putrajaya antara ‘lubuk’ perlakuan maksiat sama ada membabitkan pasangan suami dan isteri orang yang berstatus kakitangan awam atau atau pasangan remaja yang kemaruk melakukan maksiat.

Kegiatan itu semakin menjadi-jadi berikutan sikap kebanyakan penghuni Islam di kuarters kerajaan dikenal pasti menggunakan pendekatan ‘tidak menjaga tepi kain orang’ sehingga memudahkan perlakuan maksiat berleluasa.

Pengerusi Komuniti Presint 11, Carlos Basri, berkata dia pernah ditanya rakan dari luar Putrajaya yang mahu mengetahui tempat menarik di Putrajaya untuk melakukan maksiat bersama pasangan mereka.

Tanpa berselindung, Carlos mengakui terkejut apabila mereka beranggapan Putrajaya lokasi paling sesuai untuk melakukan maksiat.

“Kenyataan ini sukar diterima, tetapi hakikatnya perlakuan maksiat termasuk membabitkan suami dan isteri orang berstatus kakitangan kerajaan banyak dan kerap berlaku.

“Malah, lebih mengukuhkan dakwaan itu apabila beberapa pasangan berstatus kakitangan awam dicekup kerana berkhalwat di kuarters kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Carlos yang mendiami Presint 11, kira-kira 10 tahun lalu, berkata dia yakin kegiatan maksiat itu dilakukan kakitangan kerajaan yang mempunyai masalah psikologi dan terbawa-bawa ke pejabat sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain.

Oleh itu, katanya, tidak hairan jika kakitangan terbabit dikesan turut menghadapi masalah moral termasuk melakukan maksiat dengan pasangan yang juga kakitangan kerajaan.

Tanpa berselindung, Carlos mengakui sedih dengan sikap penghuni Putrajaya yang tidak mengenali jiran sehingga mengundang kegiatan tidak bermoral di rumah jiran mereka.

Menurutnya, kebanyakan tangkapan khalwat dilakukan selepas pihak berkuasa agama memperoleh maklumat pihak ketiga dan bukan daripada jiran di kawasan berkenaan.

“Sikap ini boleh menimbulkan keadaan yang tidak sihat kepada suasana bermasyarakat di kawasan berkenaan sehingga ‘orang luar’ menganggap Putrajaya tempat melakukan maksiat.

“Jadi, bukan satu yang pelik apabila wujudnya gejala maksiat termasuk khalwat membabitkan suami dan isteri orang yang semakin membimbangkan walaupun penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjalankan operasi membanteras gejala itu,” katanya.

Carlos berkata, walaupun hampir 99 peratus penghuni di Putrajaya beragama Islam, mereka tidak memiliki semangat kejiranan yang kukuh bagi membantu penguat kuasa Jawi menangani gejala tidak bermoral terbabit.

Malah, katanya, sikap itu semakin memburukkan keadaan apabila premis milik kerajaan itu digunakan pemiliknya untuk melakukan maksiat.

Tanpa berselindung, Carlos berkata, walaupun pelbagai aktiviti kemasyarakatan dianjurkan, tetapi kehadiran penghuni amat mengecewakan seolah-olah mereka bukan penghuni di kawasan itu.

“Bukan itu saja, penghuni juga tidak menggunakan surau untuk mengeratkan silaturrahim, tetapi lebih selesa ‘menyembunyikan’ diri di dalam rumah dan tidak mempedulikan jiran berhampiran,” katanya - metro

12 November 2008

UMNO Edar Tiket 4D Di Mesyuarat Bahagian - malaysiakini


JUDI DAN MAKSIAT, KERJA ORANG UMNO

Salah satu faktor kalangan ulama meninggalkan Umno diawal penubuhannya lalu menubuhkan PAS ialah kerana Umno memperkenalkan loteri untuk mencari dananya. Ternyata seawal penubuhannya Umno tak boleh berpisah dengan judi. Mertua kepada Tun Razak yang juga tokki kepada Najib dan Hishamudin adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Malaysia satu satunya negara umat Islam di muka bumi ini yang mempunyai kasino untuk rakyat jelata menghabiskan duit dengan jalan yang dimurkai Allah
Walaupun di zaman Pak Lah adanya Islam Hadhari yang tak sempat dipelajari oleh Almarhum Tun Razak,Tunku dan Husein Onn,tapi pusat judi di Genting Highland itu tak boleh juga nak ditutup.Ketika satu lagi Pusat judi nak dibuat di Bukit Tinggi,nama Setiausaha Agung Umno sekarang tersenarai sebagai salah seorang pemegang sahamnya disamping anak syarikat kerajaan negeri Pahang pimpinan Adnan Yaakob pun terlibat sama ketika itu.
Ketika Dato Tuan Ibrahim mengadakan pertemuan dan menyerahkan memo bantahan kepada Menteri Besar itu di Pejabat Majlis Daerah Temerloh,mati matian MB itu mempertahankan pembukaan pusat judi itu dangan alasan mengikut Siyasah Syariah!Alasannya ,kita nak kawal kegiatan judi jangan merebak,kita sedia tempat khas,jadi tak lah merebak tempat lain.
Peliknya kenapa tak sediakan tempat anak anak peneroka nak hisap dadah ke,kesian dia orang terpaksa susah payah duduk dalam ladang sawit,peneroka juga susah.Apa pun itulah kepala hotak pemimpin Umno,benda yang dah jelas dalam Quran haramnya pun ,masih ada alasan syarie kononnya untuk diteruskan.
Hari Isnin 10 Nov,rakyat Pahang yang membaca akhbar Sinar Harian tentulah terbaca berita di muka hadapan bertajuk 'Ahli Umno Edar Nombor Ekor Di Mesyuarat Bahagian',boleh baca di sini. Ianya didedahkan sendiri oleh Ketua Umno Bahagian Temerloh Dato Sarit Yusuf ketika merasmikan mesyuarat bahagian tersebut. Tiada pula laporan akhbar yang menyebutkan Dato Sarit marah ke,kesal ke,atas kejadian tersebut.
Dato Sarit dilaporkan berkata, “Ini adalah antara gelagat yang ditonjolkan oleh ahli-ahli UMNO Temerloh bagi menghangatkan suasana pertandingan sedangkan dia sendiri sebenarnya tidak bertanding apa-apa jawatan dalam bahagian". Lebih hebat lagi Dato Sarit pun dapat juga tiket loteri tersebut.Tak de apa yang pelik bagi Umno.Rakyat saja yang dok pening kepala.Umno dengan judi betullah tak boleh berpisah.Macam Amerika dengan Israel ler.
Saling perlu memerlukan. Hari ini lelaki berkenaan Che Wan mengaku dia edar tiket loteri itu untuk menghapuskan politik wang dalam Umno.Lawak betul! Dia guna pencuri nak lawan perompak!Minta tolong syaitan nak halau iblis. Sayapun tak nak ulas apa dah,cuma kalau ada ustaz ustaz dan tok imam yang jadi perwakilan Umno tu jaga sikit tiket loteri tu,takut duduk dalam poket baju,tengah nak rukuk ,jatuh atas sejadah!Woi malu nya,nanti dapat gelaran Tok Imam Loteri.Fikir fikirkanlah ,nak duduk lagi ke dalam Umno ni. Untuk ulasan seterusnya sila baca posting Ustaz Suhaimi,Pemangku Ketua DPP Pahang di sini.

11 November 2008

Jadi ahli umno, "tiket" buat maksiat - malaysiakini

INI ada cerita satu cerita sedap! Cerita ini melengkapkan betapa buruk dan huduhnya parti Umno yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar itu.
Cerita ini datangnya dari Rantau Panjang Kelantan bumi kelahiran saya. Yang membawa cerita ini sahabat saya, yang baru tiba dari kampung beberapa jam lalu.
Menurut sahabat saya itu, cerita ini ada dimuatkan dalam akhbar harian bersaiz tabloid. Tidak pasti apakah ianya terdapat dalam edisi nasional atau hanya disiarkan pada eisi pantai timur saja. Saya tidak membaca akhbar berkenaan jadi tidak tahulah samada ia ada menyiarkan berita berkenaan atau tidak.Tetapi kata kawan saya itu, edisi pantai timur ada menyiarkannya dan beliau ada membacanya.
Ceritanya bukan seperti apa yang berlaku di Seremban kelmarin, perwakilan bertumbuk dan sampai masuk wad kecemasan. Tetapi cerita ini lain versinya namun ia merupakan cerita yang kerap kedengaran berlaku dalam Umno dari dulu, kini dan mungkin selamanya.
Nauzubilahhiminazalik!Saya kenal dengan watak dalam cerita ini. Dan lokasi kejadian juga saya tahu malah sering melalui lokasi berkenaan kalau sesekali balik kampung menggunakan jalan berkenaan. Malahan sewaktu kawan itu bercerita saya terbayang akan tempat kejadian itu. Memang saya arif benar dengan lokasi itu.
Cerintanya begini; seorang wanita Umno telah ditangkap sedang berkhalwat dengan bekas ahlijawatankuasa Umno bahagian Rantau Panjang. Mereka dicekup ketika (katanya) sedang berasmara di dalam kebun getah. Tak terbayang bagaimana mereka boleh berasmara di tempat itu! Wanita Umno itu masih bersuami dan bekas ahli jawatankuasa Pemuda itu juga ada isteri dan merupakan seorang guru kanan sebuah sekolah di kawasan itu. (Biarlah saya tidak sebut nama kampung... malu orang kampung itu nanti).
Menurut kawan saya itu mereka sudah lama mengadakan hubungan sulit itu dan diintip oleh pasukan Pencegah Maksiat. Ketika pasukan Pencegah Maksiat itu mengepung pasangan itu mereka tidak menyedari dan terus dengan 'politik' mereka itu. Selepas pasukan itu memperkenalkan diri baru mereka sedar dan terkejut besar. Katanya si perempuan itu cepat-cepat menarik kain dan mengemaskan pakaiannya, selamba saja.
Kata kawan saya itu, pasangan itu kira berani juga. Kerana apabila pasukan Pencegah Maksiat memperkenalkan diri mereka juga turut memperkenalkan diri mereka. "Saya ahli jawatankuasa Pemuda Umno Rantau Panjang," kata si lelaki. "Saya ahli wanita Umno Rantau Panjang," ujar pula di perempuan engan bangga.
Mereka mengharap dan mengira apabila memperkenalkan diri mereka sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar) alias Umno itu, pihak pencegah tidak akan mengambil apa-apa tindakan dan melepaskan mereka. Namun keahlian itu tidak dipedulikan oleh pasukan Pencegah Maksiat itu. Mereka akhirnya dibawa ke Pejabat Agama dan katanya ditahan sehari semalam dalam lokap.
Pemimpin Umno bahagian Rantau Panjang khabarnya ada menelefon pihak pencegah maksiat supaya melepaskan pasangan berkenaan tetapi tidak memberi apa-apa kesan. Pihak pencegah tetap dengan tugas dan tanggungjawabnya menahan dan mendakwa pasangan itu. Sybas diucapkan kerana menjalankan tugas yang diamanhakan.
Saya mengeluh panjang mendengar cerita itu. Malu rasanya, apa lagi keduanya sudah bersuami dan beristeri dan sudah ada anak. Anak mereka pula dikatakan berkasih dan bercinta antara satu sama lain. Apa lagi si jantan itu seorang guru. Tidak patut melakukan kerja keji begitu. Tetapi apa nak dikata jang itulah manusia yang kadang kala terbabas dan lupa daratan itu. Ada kalanya nafsu menguasi akal!Bila saya balik kampung nanti tentu cerita ini akan didendangkan lagi dengan irama dan senikata serta dialog yang lebih menarik dan romantik lagi!

dipetik dari: ummianni

02 November 2008

MUFTI PERLIS: KECEWA DEDAH MAKSIAT DITUTUP, MAKSIAT TERBUKA DIBIAR - malaysiakini

Oleh ARIFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang terkenal dengan kritikan lantang, kecewa dengan sikap penguat kuasa agama yang lebih gemar "mendedahkan perbuatan maksiat tertutup namun membiarkan perbuatan maksiat terbuka." "Amatlah duka cita jika penguat kuasa agama ada masa yang cukup untuk pergi mengintip, memecah pintu milik peribadi orang lain bagi memastikan maksiat wujud ataupun tidak.
"Namun dalam masa yang sama tiada masa untuk menghentikan suami yang zalim memukul isteri yang sudah berulang kali membuat aduan, tidak cukup masa untuk menyelesaikan kes-kes kezaliman rumah tangga dan seumpamanya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam penulisan terbarunya yang bertajuk Bila yang nyata dibiar, yang tersembunyi dicari yang disiarkan menerusi lawan web peribadinya www.drmaza.com dan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Katanya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks, namun Islam juga mengharamkan mendedahkan aib (keburukan) orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan pelaku berusaha menutupinya.
Kenyataannya itu merujuk kepada pendedahan tangkapan khalwat keatas individu tertentu oleh jabatan agama dan disiarkan secara meluas di muka depan beberapa buah akhbar tempatan baru-baru ini.
Menurutnya, tindakan itu dianggap sebagai 'promosi maruah' yang ternyata bertentangan dengan ajaran Islam.
"Maksiat yang dibanteras secara keras oleh Islam ialah maksiat yang berlaku secara terbuka kerana ia menggalakkan aktiviti mungkar dan mencemarkan iklim masyarakat Muslim.
"Maksiat yang berlaku secara sembunyi dan hanya membabitkan soal peribadi insan, bukan keselamatan awam, maka ia tidak didedahkan," ulasnya.
Jelas beliau, tiada sebarang justifikasi atau sebarang alasan untuk mencerobohi kehormatan diri, rumah, rahsia dan keaiban walaupun atas pendekatan untuk mencari jenayah atau memastikannya.
"Dukacitanya jika mereka bersemangat sampai sanggup tunggu pukul 2, 3 pagi untuk mengintip pasangan berkhalwat tetapi tiada cukup tenaga untuk membantah majalah-majalah yang terang-terang siang dan malam dijual yang mempamerkan aksi-aksi panas pasangan yang tidak berkahwin," katanya.
Dalam pada itu beliau juga melahirkan rasa hairan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman pengkid.
Beliau berkata, perkara tersebut sudah diketahui umum mengenai hukum haram bagi lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.
"Persoalannya ialah pelaksanaan. Maksiat terbuka yang banyak kelihatan jika penguatkuasa ingin mencegahnya ialah lelaki yang menyerupai wanita.
"Entah berapa ramai selebriti negara kita yang berwatak seperti perempuan?" katanya.
Mufti muda yang akan bakal mengakhiri perkhidmatan sebagai Mufti Perlis akhir bulan ini berkata, terdapat banyak drama, pertunjukan dan filem dari negara ini seakan mengiktiraf 'wanita jadi-jadian'.
"Seakan kita ada tiga spesis; saudara, saudari dan 'saudarai'. Inilah maksiat terbuka yang lebih patut dibantah daripada mencari-cari 'kemungkinan' maksiat di belakang pintu yang berkunci," katanya. -- mStar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive