Showing posts with label judi. Show all posts
Showing posts with label judi. Show all posts

06 August 2011

Nak pi Genting tak boleh, depa main dalam semak ...ini lah padahnya ...

SUNGAI PETANI: Dua lelaki mati lemas manakala seorang lagi hilang selepas terjun ke dalam Sungai Muda untuk menyelamatkan diri daripada polis yang menyerbu sekumpulan lelaki yang bermain judi di Kampung Kuala Lengkuas, Bukit Selambau, di sini, semalam.

 Ketua Polis daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali, berkata mayat kedua-dua mangsa ditemui terapung di sungai berkenaan, kira-kira pukul 3 petang dan 5.50 petang ini oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang mencari mereka sejak pagi tadi. Beliau berkata, seorang berbangsa Melayu berumur 43 tahun dan seorang lagi keturunan Siam berumur 60 tahun. Mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk bedah-siasat.

 Pasukan Polis Bukit Aman yang membuat serbuan itu berjaya memberkas 12 lelaki bagi membantu siasatan kerana disyaki berjudi, katanya.

25 June 2010

Himpunan bantah judi 3 Julai

Perhimpunan ini kehendak semua rakyat,” kata Pengerusi Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Mohd Azmi Abdul Hamid selepas memohon permit untuk himpunan 100 ribu rakyat bantah judi pada 3 Julai ini.

Beliau mengetuai GMJ ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memohon permit itu. Hadir sama ialah Setiausaha GMJ, Suhaizan Kayat dan AJK GMJ, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Himpunan besar-besaran 3 Julai ini menghimpunkan semua bangsa dan agama membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan termasuk judi bola sempena Piala Dunia 2010.

Mereka dijangka berkumpul bermula jam 2 petang di beberapa tempat termasuk di Masjid Jamek, Masjid Negara dan pusat membeli belah Sogo sebelum bercantum dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut GMJ, peserta himpunan disaran memakai pakaian sukan atau jersi bolasepak piala dunia sebagai menyatakan bantahan terhadap kelulusan lesen judi tersebut.

Mereka juga dibawa oleh Ketua Cawangan Khas Dang Wangi, DSP Izan Bakri untuk diambil keterangan kira-kira 30 minit berhubung himpunan tersebut.

Pada sidang media selepas itu Cikgu Azmi berkata, GMJ mengharapkan respons positif pihak polis berhubung permohonan yang telah dibuat.

"Kami harap ada kerjasama positif membenarkan kita mengadakan himpunan aman menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Ditanya jika permohonan tersebut ditolak, beliau berkata wakil-wakil GMJ akan tetap berada di tempat-tempat yang ditetapkan pada hari tersebut.

"Perhimpunan ini kehendak semua rakyat. Wakil kami tetap akan berada di Masjid Negara, terpulang kepada orang ramai sama ada mahu menyertai atau tidak," katanya.

23 May 2010

PAS desak Dasar Judi Negara dikaji semula

Mei 23, 10 9:41pm

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa Kerajaan Pusat untuk mengkaji semula dasar judi kebangsaan.

Bercakap kepada pemberita di pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS di Klang hari ini, Hadi berkata Pakatan Rakyat bersama dalam pendirian semua pimpinan agama bahawa judi mengundang mudarat.

Namun pembanterasan gejala judi menghadapi kesulitan kerana soal pemberian dan kelulusan lesen judi adalah kuasa mutlak Kerajaan Pusat.

"Kita memang telah lama mengadakan perbincangan dengan semua agama yang menyatakan judi salah di sisi agama dan ia dah lama kita haramkan," kata Hadi.

Presiden PAS itu berkata demikian mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) agar Dewan Pemuda Pas mendesak Pakatan Rakyat menghapuskan lesen judi di negeri yang ditadbir gagasan itu.

Katanya, soal pemberian dan kelulusan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat menerusi Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, katanya, PAS bercadang untuk membenarkan anggota parti daripada kalangan bukan Islam turut terlibat membuat keputusan dalam parti dengan mengundi pada muktamarnya.

Hadi berkata bagaimanapun beberapa penelitian perlu dilakukan terlebih dahulu khususnya berkaitan perlembagaan parti sebelum keputusan dibuat.

"Kita perlu kepada banyak pindaan perlembagaan berhubung hal ini dan akan disusuli kemudian (bukan Islam boleh mengundi ketika muktamar)," katanya.

Perkara itu juga katanya memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Bagaimanapun kata Hadi, anggota PAS bukan Islam tetap diberi peluang memainkan peranan mereka demi perjuangan parti menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Sehingga kini dewan itu mempunyai kira-kira 20,000 anggota di seluruh negara, katanya.

"Hari ini kita telah melantik anggota jawatankuasa dewan itu di peringkat kebangsaan dan mereka akan menggerakkan operasi ke peringkat negeri selain menjadi wakil dewan dalam majlis-majlis rasmi parti," katanya. - MKINI

15 May 2010

PPIM : Jangan cemarkan sukan dengan judi


Mei 15, 10 10:02am

Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi pertaruhan perlawanan bola sepak Piala Dunia ters mendapat bidasan daripada pelbagai pihak.

Terbaru, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma'amor Osman berkata, jika judi dibenarkan dengan alasan bimbang akan berlakunya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini, ia sesuatu yang tidak wajar.

“Jika begitu, isu pelacuran, rasuah... juga boleh dihalalkan”, katanya lagi.

Ma'amor berasa sangat kecewa dengan keputusan kerajaan itu.

Katanya, hal berkenaan tidak menggambarkan seperti mana yang telah dijanjikan oleh perdana menteri iaitu 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

"Sepatutnya hal ini harus ditentang kerana persoalan di manakah kehendak rakyat sebenar didahulukan. Ia seperti seolah-olah memperbodohkan orang lain.

“Pusat perjudian yang ada seperti Sport Toto sekalipun adalah bertujuan untuk keuntungan. Malahan orang yang ketagih dengan perjudian juga boleh bankrap,” tambahnya lagi.

“Jangan cemarkan sukan dengan perjudian. Hal ini kerana sukan merupakan satu yang bersifat semula jadi dan sihat,” katanya.

Ma'amor berkata jika perjudian ini dibenarkan kemungkinan besar akan berlakunya isu rasuah dalam sesuatu permainan sukan yang dijalankan.

“Contohnya, jika sesuatu kumpulan inginkan kemenangan dengan mudah mereka boleh 'membayar' kepada pihak yang bertanggungjawab kerana jika judi dihalalkan tidak salah jika rasuah juga dihalalkan.

“Sebagai rakyat biasa kita mahu mengajar perkara yang baik terutama kepada kanak-kanak kecil. Tidak mustahil akan berlakunya perjudiaan secara kecil-kecilan”, katanya.

Menurut Ma'amor dalam Islam tiada ideologi yang membenarkan berjudi.

“Malahan dalam rukun negara yang pertama ada mengatakan 'kepercayaan kepada tuhan'. Oleh itu, bagi mereka yang berjudi adalah orang yang ingkar kepada kepercayaan tuhan,” katanya.

Ma'amor berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku menteri kewangan meneliti semula pemberian lesen judi itu.

11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini. - malaysiakini

14 May 2010

Gambar2 demo di Kg Baru


Ketua Pemuda PAS Wilayah sedang memberi ucapan, sebaik selesai solat Jumaat sekitar jam 1.50 ptg tadi

Peserta demo membawa plycard membantah Judi Bolasepak dan Konsert 12jam

Peserta demo mendengar ucapan

Ketua Pemuda PAS

Polis menyerbu pentas, memberhentikan ucapan

Salah seorang peserta ditangkap polis tapi dilepaskan akhirnya
(baju merah ketayap putih)
Ketua Pemuda PAS meminta peserta bersurai atas arahan polis

Antara plycard

Pegawai-pegawai polis di luar masjid

Peserta di hadapan Masjid Jamek Kg Baru

13 May 2010

Bukan saja Najibtuya, Mahathirkutty pun pernah keluarkan lesen Judi Sukan

Neo Chee Hua May 12, 2010 05:53:21 pm

Lesen pertaruhan sukan telah diluluskan kepada Vincent Tan Chee Yioun pada 13 Januari tahun ini, dengan syarat perkhidmatan ini hanya terhad kepada kawasan majoriti bukan Islam, malah tiada pertaruhan melalui internet dibenarkan.

Demikianlah khabar yang dipetik oleh The Star, melaporkan bahawa Ascot Sports Sdn Bhd yang dikuasai usahawan tempatan Vincent Tan telah memperolehi lesen pertaruhan sukan sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun, lesen ini diluluskan dengan beberapa syarat, misalnya hanya 200 daripada 680 pusat pertaruhan BToto yang terletak dalam kawasan majoriti bukan Islam dibenarkan menawarkan perkhidmatan ini. Selain itu, pusat pertaruhan wajib memaparkan papan tanda yang membenarkan hanya bukan Islam dan orang dewasa untuk masuk menaruh. Pada masa yang sama, syarikat tersebut tidak dibenarkan untuk menawar perkhidmatan pertaruhan melalui internet.

Malah, sumber maklumat memaklumkan, selepas memperolehi lesen pertaruhan sukan pada 13 Januari, Ascot Sports telah mula bersiap sedia untuk menawarkan perkhidmatan ini. Namun, perkhidmatan ini dijangka akan bermula pada Ogos atau September. Jadi, ia mungkin terlepas peluangnya untuk Piala Dunia Bola Sepak di Afrika Selatan yang akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai tahun ini.

Lesen diberikan semasa zaman Mahathir

Sebagaimana yang difahamkan, Kementerian Kewangan telah meluluskan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports secara tidak rasmi. Ini kerana syarikat ini pernah dua kali memperolehi lesen yang hampir sama sebelum ini, tetapi ditamatkan kerajaan pada akhirnya. Jadi, syarikat ini memiliki kelebihan untuk memperolehi lesen seandainya perjudian sukan dihalalkan.

Pada tahun 1987, Ascot Sports telah memperolehi lesen pertaruhan sukan yang pertama daripada kerajaan Mahathir Mohamad (gambar kiri). Walau bagaimanapun, setelah beroperasi untuk setahun lebih, syarikat tersebut telah memulangkan lesen itu kepada kerajaan pada tahun 1990 sebagaimana yang diminta. Kementerian Kewangan bersetuju untuk mendahulukan Ascot Sports dalam pertimbangannya jikalau berniat untuk meluluskan lesen pertaruhan sukan pada masa depan.

Ascot Sports telah memperolehi semula lesen pertaruhan sukan pada Jun 2003, semasa kerajaan masih diterajui Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, perkhidmatan ini ditamatkan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004 dengan alasan bahawa pertaruhan sukan adalah haram.

Amaun pertaruhan haram setinggi RM20 bilion

Bagaimanapun, kerajaan perlu berdepan dengan satu realiti, iaitu amaun pertaruhan sukan yang haram di Malaysia mencecah puluhan bilion ringgit setiap tahun. Seandainya kerajaan menghalalkan pertaruhan sukan dengan mekanismenya, maka ia akan mengundang pendapatan cukai yang beratus juta untuk kerajaan.

Menurut perangkaan yang tidak rasmi, amaun perjudian haram yang dipertaruhkan orang tempatan melalui bookie dan sindiket luar negeri mencecah RM 20 bilion setiap tahun. Menurut laporan analisis CIMB Research, amaun pertaruhan sukan mencecah RM 8 bilion setahun, setelah ditolak jumlah yang dipertaruhkan oleh mereka yang diharam untuk berjudi, termasuk golongan belum dewasa dan umat Islam.

Menurut seorang penganalisa, kerajaan di seluruh dunia cenderung untuk menyekat perkembangan perjudian haram melalui pengawalan, malah mendapat cukai sampingan dengan pendekatan sedemikian. Sejak 20 tahun kebelakangan ini, negara Eropah, Afrika dan Asia, termasuk Singapura, masing-masing mengubahsuai rangka undang-undangnya, agar aktiviti perjudian haram boleh dikawal.

Malah, pengamal dalam bidang perjudian tempatan menganggap bahawa kemudahan internet telah membawa aktiviti perjudian ke setiap rumah. Pasaran pertaruhan sukan tempatan mungkin boleh terkawal seandainya kerajaan meluluskan lesen pertaruhan sukan.

Bantahan masyarakat tempatan

Sementara itu, keputusan kerajaan ini mengundang bantahan daripada masyarakat tempatan merentasi kaum. Sebelum ini, Pakatan Rakyat telah menyuarakan bantahan terhadap kerajaan kerana meluluskan penambahan bilangan cabutan khas dalam perjudian.

Setelah Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussein mengakui bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan kelulusan lesen pertaruhan sukan, parti komponen Pakatan Rakyat telah menyatakan bantahan. Pertubuhan seperti JIM Terengganu juga mengeluarkan kenyataan untuk membantah keputusan tersebut.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari artikel asal

Kerajaan Malaysia menetang Hukum Syarak : Harussani

Harussani Bidas Najib

SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.
-tvselangor-

12 May 2010

Dr Maza : Malaysia bukan masyarakat Judi

oleh : Dr Mohd Asri
Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan(telah pun mengeluarkan) lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri.

Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu.

Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.

Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia.

Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain.

Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.

Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi.

Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama.

Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.

Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen.

Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?

Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

30 July 2009

Kerajaan BN Najib Altantuya lulus judi 4D baru


Magnum Corporation, anak syarikat Multi-Purpose Holdings Berhad, minggu lepas telah pun mendapat kelulusan kerajaan untuk memulakan perjudian 4D baru.

Kelulusan ini berikutan kebenaran awal kerajaan yang memberikan keluluusan kepada ketiga-tiga syarikat perjudian itu -Berjaya Sports Toto, Magnum dan Tanjung plc - untuk mengadakan 10 cabutan istimewa setahun.

Keputusan Najib ini merupakan satu keputusan yang luar biasa dan pastinya akan mendapat tentangan dari pihak pembangkang yang akan menuduh kerajaan sebagai tidak Islamik. .. seterusnya

12 November 2008

UMNO Edar Tiket 4D Di Mesyuarat Bahagian - malaysiakini


JUDI DAN MAKSIAT, KERJA ORANG UMNO

Salah satu faktor kalangan ulama meninggalkan Umno diawal penubuhannya lalu menubuhkan PAS ialah kerana Umno memperkenalkan loteri untuk mencari dananya. Ternyata seawal penubuhannya Umno tak boleh berpisah dengan judi. Mertua kepada Tun Razak yang juga tokki kepada Najib dan Hishamudin adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Malaysia satu satunya negara umat Islam di muka bumi ini yang mempunyai kasino untuk rakyat jelata menghabiskan duit dengan jalan yang dimurkai Allah
Walaupun di zaman Pak Lah adanya Islam Hadhari yang tak sempat dipelajari oleh Almarhum Tun Razak,Tunku dan Husein Onn,tapi pusat judi di Genting Highland itu tak boleh juga nak ditutup.Ketika satu lagi Pusat judi nak dibuat di Bukit Tinggi,nama Setiausaha Agung Umno sekarang tersenarai sebagai salah seorang pemegang sahamnya disamping anak syarikat kerajaan negeri Pahang pimpinan Adnan Yaakob pun terlibat sama ketika itu.
Ketika Dato Tuan Ibrahim mengadakan pertemuan dan menyerahkan memo bantahan kepada Menteri Besar itu di Pejabat Majlis Daerah Temerloh,mati matian MB itu mempertahankan pembukaan pusat judi itu dangan alasan mengikut Siyasah Syariah!Alasannya ,kita nak kawal kegiatan judi jangan merebak,kita sedia tempat khas,jadi tak lah merebak tempat lain.
Peliknya kenapa tak sediakan tempat anak anak peneroka nak hisap dadah ke,kesian dia orang terpaksa susah payah duduk dalam ladang sawit,peneroka juga susah.Apa pun itulah kepala hotak pemimpin Umno,benda yang dah jelas dalam Quran haramnya pun ,masih ada alasan syarie kononnya untuk diteruskan.
Hari Isnin 10 Nov,rakyat Pahang yang membaca akhbar Sinar Harian tentulah terbaca berita di muka hadapan bertajuk 'Ahli Umno Edar Nombor Ekor Di Mesyuarat Bahagian',boleh baca di sini. Ianya didedahkan sendiri oleh Ketua Umno Bahagian Temerloh Dato Sarit Yusuf ketika merasmikan mesyuarat bahagian tersebut. Tiada pula laporan akhbar yang menyebutkan Dato Sarit marah ke,kesal ke,atas kejadian tersebut.
Dato Sarit dilaporkan berkata, “Ini adalah antara gelagat yang ditonjolkan oleh ahli-ahli UMNO Temerloh bagi menghangatkan suasana pertandingan sedangkan dia sendiri sebenarnya tidak bertanding apa-apa jawatan dalam bahagian". Lebih hebat lagi Dato Sarit pun dapat juga tiket loteri tersebut.Tak de apa yang pelik bagi Umno.Rakyat saja yang dok pening kepala.Umno dengan judi betullah tak boleh berpisah.Macam Amerika dengan Israel ler.
Saling perlu memerlukan. Hari ini lelaki berkenaan Che Wan mengaku dia edar tiket loteri itu untuk menghapuskan politik wang dalam Umno.Lawak betul! Dia guna pencuri nak lawan perompak!Minta tolong syaitan nak halau iblis. Sayapun tak nak ulas apa dah,cuma kalau ada ustaz ustaz dan tok imam yang jadi perwakilan Umno tu jaga sikit tiket loteri tu,takut duduk dalam poket baju,tengah nak rukuk ,jatuh atas sejadah!Woi malu nya,nanti dapat gelaran Tok Imam Loteri.Fikir fikirkanlah ,nak duduk lagi ke dalam Umno ni. Untuk ulasan seterusnya sila baca posting Ustaz Suhaimi,Pemangku Ketua DPP Pahang di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive