Shiro bakal muncul dengan filem pertama mereka berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.
PETALING JAYA: Kumpulan Shiro berasa teruja apabila diberi peluang berlakon di samping penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.
Shiro yang dianggotai oleh Shahrul dan Ajak berkata, selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi.
"Setakat ini kami masih belum mempunyai adegan bersama beliau namun cukup teruja untuk berlakon di sampingnya kerana filem ini sarat dengan pelbagai pengajaran dan berbentuk keislaman," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.