(Oleh Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 6 Julai: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek sekali lagi dicabar menjelaskan mengenai hubungan beliau dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong dan skandal percetakan RM2 sebanyak 100 juta.
Sejak cabaran itu dibuat oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail minggu lalu, Awang masih membisu berhubung pendedahan ini.Mengulas perkara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi peringatan kepada Awang supaya tampil menjelaskan dakwaan itu segera atau banyak lagi dokumen baru akan didedahkan.
“Difahamkan semua butiran, dokumen lengkap masih banyak lagi di tangan Saifuddin. Masa tiga minggu diberikan semakin berlalu.