Showing posts with label bertunang. Show all posts
Showing posts with label bertunang. Show all posts

19 January 2015

Angah Raja Lawak - Wawa Bertunang

angah raja lawak bertunang dengan wawa

KL, 19 JANUARI 2015: Pelawak Angah Raja Lawak telah selamat bertunang dengan seorang gadis bernama Ameera Asyura yang lebih mesra dipanggil Wawa itu dalam sebuah majlis yang berlangsung semalam, Ahad 18 Januari 2015.
Angah atau nama sebenarnya, Iskandarsah Hashim 36,yang juga merupakan seorang duda beranak satu memilih gadis pilihan hatinya yang cukup manis bertudung.  Angah Raja Lawak telah berkongsi foto hari pertunangan dengan gadis bertudung tersebut di laman sosial Instagram miliknya @angah_lawaking.
Selain terpancar keserian di wajah pelawak tersebut, dia juga meluahkan rasa bersyukur dan berdoa semuanya berjalan lancar menerusi salah satu posting di Instagramnya itu.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. Doakanlah semoga dipermudahkan segala urusan yang bakal buat kami yang bakal mendatang.. Amin insyallah.. Dan terima kasih kepada semua yang dah menghadiri majlis pertunangan kami tadi.. I luv uolss.. @asyura_king #DoakanKami #EDay #AngahWawa
Majlis yang turut diserikan dengan pelamin dan busana berona coklat itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran teman seperjuangan Angah dalam arena lawak bersama pasangan masing-masing.
Antara yang dilihat melalui gambar yang dikongsi pelawak tersebut adalah seperti Nabil dan isteri, Along Jalor, Tauke Jambu dan ramai lagi.
Reaksi positif dapat dilihat daripada komen oleh teman dan peminat setia Angah dimana mereka mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan itu supaya cepat-cepat melangsungkan perkahwinan.

10 December 2014

Dari Kawan Biasa, Idris Koh Jadi Tunangan Najwa Mahiaddin @ anak Muhyiddin

dari kawan biasa idris koh jadi tunangan najwa mahiaddin


PUTRAJAYA, 9 DIS 2014: 
Sebaik saja Portal Murai memuatnaik artikel mengenai berita pertunangan Najwa Mahiaddin dengan Idris Koh Keng Hui pada malam tadi, rata-rata pembaca telah memohon portal Murai untuk berkongsi gambar tunangan kepada anak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

16 June 2014

Selamat bertunang Amir [Raja Lawak] & Intan





Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 12:05 AM


Gambar Amir dan tunangnya, Intan selepas majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada Jumaat lalu. Foto Ihsan The Permaisuris.

PETALING JAYA: Peserta program Raja Lawak musim ke-3 (RL3) iaitu Amir masih belum menetapkan tarikh sebenar untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang dikenali sebagai Intan.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 26, bagaimanapun berkata, mereka merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan selepas mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan dirumah pihak perempuan di Sungai Besi, Kuala Lumpur Jumaat lalu.

21 February 2013

Isu Fizz Fairuz b'tunang Bini Orang - Ini cerita terbaru


Fizz Fairuz Terus Lari, Sembunyi!
Kemesraan Fizz bersama Azlyn Maissiela. Gambar Berita Harian.
PETALING JAYA: Hasrat pelakon Fizz Fairuz yang ingin menghilangkan kekusutan berhubung isu pertunangannya dengan isteri orang menjadi bertambah parah apabila timbul pula isu lain yang turut berkait.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, yang bertunang dengan Azlyn Maissiela Mohd Nazar, 26, pada 10 Februari lalu terpaksa memutuskan pertunangan selepas mendakwa wanita itu sebenarnya isteri orang.
Malah dalam laporan akhbar Harian Metro pada Rabu Fizz mendakwa dia mungkin terkena buatan orang selain kesal dengan pertunangan yang tergesa-gesa itu,.

20 February 2013

Dunia Artis : Bertunang dengan bini orang .... awat jadi lagu tu ?


Ketika heboh majlis pertunangan rahsia Fizz Fairuz dengan seorang wanita yang berlangsung pada 10 Februari lalu, pelakon tersebut sebenarnya telah bertunang dengan isteri orang.
Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status “tunangnya” itu.
Fizz Fairuz Bertunang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive