Showing posts with label dari blog. Show all posts
Showing posts with label dari blog. Show all posts

19 August 2010

HARUSSANI PERNAH BERBOHONG

MUFTI PERAK PERNAH BERBOHONG

Masih ingat bagaimana Mufti Perak terlibat memanjangkan maklumat palsu Raja Sherina. Raja Sherina telah berjumpa beliau dan mendakwa sekumpulan orang Melayu akan dikristiankan di Gereja Silibin Ipoh. Dato Azhar Mansur pelayar negara katanya terlibat.

Laporan Raja Sherina ini pula, Dato Mufti didedahkan dengan sensasi dalam satu forum yang berkaitan murtad di ibu kota. VCD forum yang memuatkankan pengakuan Dato mufti menjadi bukti Dato Mufti memang mendedahkan maklumat yang beliau dapat dari Raja Sherina.

Maklumat dari forum itulah kemudiannya telah disebar melalui SMS kerana menganggap takkan Mufti akan berbohong. Akhirnya sekumpulan umat Islam berkumpul depan Gereja Silibin pada tarikh yang dimaksudkan.

Dato Mufti berlepas tangan mengatakan dia tak terlibat. Raja Sherina (di sini) yang bersalah. Raja Sherina di minta ke Balai polis untuk siasatan dan polis sahkan maklumat itu palsu.

Ini kali kedua Dato Mufti buat kerja yang sama. Modus operandinya sama. Terima maklumat dari orang yang ketiga tentang perlembagaan baru (di sini) kemudian dedahkan dalam forum terbuka. Nanti kalau timbul masalah atau maklumat palsu Dato mufti sekali lagi akan berlepas tangan.

Nota: Memanjangkan berita bohong bermakna dah berbohong. Dalam kes Raja Sherina Dato Mufti dah buat kerja bohong. Maknanya tak benar pengakuan "Saya mufti, takkan saya nak berbohong (disini)". Inilah bukti bahawa Dato mufti memang pernah berbohong.

Harussani dan Chua Soi Lek - Adakah mereka sejoli?

oleh : Tok Pepijat

Hebat politik Mufti Perak dan Presiden MCA. Mereka berdua saling "bertukar baton" demi menghidupkan api perkauman rasis.

Selepas Chua Soi Lek membawa 13 resolusi MCA, Harussani pula membawa perkhabaran tentang "perlembagaan baru". Semacam ada "pakatan psikologi" mereka berdua walaupun saling bertentangan agenda.

Sebelum ini Soi Lek mengancam orang Cina tentang PM daripada PAS,manakala Harussani dengan "perpaduan UMNO-PAS".

Selepas umpanan Soi Lek tidak menjadi untuk menarik perhatian kaum Cina agar menjauhi PAS, beliau cuba pula "bergaduh" dengan TPM Muhyiddin dan Menteri KDN Hishamuddin berkaitan 13 resolusi MCA. Lagak Chua Soi Lek adalah bayangan Lee Kim Sai dahulu.

Soi Lek begitu licik berpolitik. Beliau punya banyak umpan. Sekurang-kurangnya jika tidak semua termakan umpanannya,biarlah satu akan mengena. Beliau perbanyakkan umpan agar rakyat melupakan kisah pornonya dahulu.

Manakala Harussani semakin galak berpolitik dan hampir bakal bergelar "pengembala kambing". Sudah dua kali beliau memperolokkan fikiran rakyat Malaysia. Pertamanya, tentang perjumpaan dengan PJ PAS Dato' Hasan Ali.Beliau menghebohkan seolah-olah pimpinan PAS begitu teruja dengan beliau agar menjadi orang tengah.

Terkini, sekal lagi Harussani memperbodohkan minda rakyat Malaysia dengan isu perlembagaan baru. Hebatnya Hrussani jika dulu beliau "perasan" sebagai orng tengah pendamaian UMNO-PAS kini beliau sebagai "penyelamat" Malaysia agar tidak berlaku perang besar dengan merahsiakan "parti tertentu" yang membuatnya.

Pepatah ada mengata, "anda boleh tipu orang dalam satu masa, tetapi anda tidak boleh tipu orang dalam semua masa".

Lagak dan aksi Harussani memalukan dan menjatuhkan Institusi Mufti seluruh Malaysia.Tanggalkan jubah anda dan masuk UMNO.

18 June 2010

Suami-suami awasi pergerakan isteri anda

Kecurangan isteri-isteri


Umurnya dalam lingungan 35 thn. Punya 2 anak. Berasal dari negeri pantai timur. Kini tinggal di Putrajaya. Suaminya seorang kakitangan kerajaan yang berpangkat. Selalu ke luar kawasan. Berpakaian sopan. Bertudung. Sekali pandang memang seorang isteri yang baik. Seolah seorang ustazah.

Aku mengenali menerusi saluran chatting di sebuah stesen TV. Aku pernah mengatakan saluran ini penyumbang kepada kejadian-kejadian tidak senonoh. Mereka menjawab terpulang kepada pengguna, baik dicari baik yang dapat tapi kalau jahat yang dicari, jahat lah yang bakal diketemu.

Aku berasal dari negeri utara semenanjung. Berkahwin. Tapi mungkin Tuhan tak lagi mahu memberikan aku zuriat. Kami tidak punya anak walaupun sudah lebih 10 tahun berkahwin. Kesunyian menyelubungi hidup kami berdua, tapi nasiblah aku dan isteri bekerja.

Setiap hari selepas pulang kerja, atau bila ada kelapangan masa tanpa pengetahuan isteri aku mengadap saluran chatting di TV sehingga larut malam. Saluran ini berterusan 24 jam. Akhirnya nya aku berkenalan dengan si dia yang tinggal Putrajaya. Isteri orang. Selepas beberapa lama berhubung melalui telefon, kami mengambil keputusan untuk berjumpa di KL [seterusnya DI SINI]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive