Showing posts with label fuel subsidy. Show all posts
Showing posts with label fuel subsidy. Show all posts

23 November 2014

Pemilik BMW nikmati lebih subsidi daripada si miskin dengan motosikal, kata kajian


Pemilik BMW nikmati lebih subsidi daripada si miskin dengan motosikal, kata kajian
Seorang pemilik BMW yang berpendapatan tinggi menikmati 4 kali lebih subsidi petrol daripada seorang penunggang motosikal berpendapatan rendah.
Menurut kajian Institut Kajian Khazanah baru-baru ini, golongan kaya menikmati sejumlah 80% subsidi minyak yang diperuntukkan untuk isi rumah Malaysia pada 2013.
Angka tersebut menunjukkan betapa terpesongnya sistem subsidi minyak di Malaysia sementara rakyat sedang cuba menyesuaikan diri dengan pengumuman yang skim tersebut akan dihentikan pada 1 Disember.
Bagaimanapun, seorang penganalisis dasar Institut Rakyat berkata, walaupun menstruktur semula sistem subsidi itu langkah yang betul, kerajaan patut terlebih dulu memperkenalkan langkah mengurangkan impak keputusan tersebut terhadap orang ramai.
Kajian tersebut yang digelar "Keadaan Isi Rumah di Malaysia" mendedahkan seorang pemilik BMW yang menggunakan minyak RON95 menikmati subsidi RM22.50 setiap 1,000km.

21 November 2014

Putrajaya mansuh subsidi RON95, diesel mulai 1 Dis



Putrajaya akan memansuhkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel mulai 1 Disember.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek mengumumkan, mulai 1 Disember, penetapan harga runcit RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal, lapor Bernama.

Katanya, tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam.

15 July 2014

Adik beradik Naina Merican @ Ahli Parlimen Kepala Batas dahului bidaan pengurusan subsidi minyak

Adik beradik kepada ahli Parlimen Umno dan ahli perniagaan yang rapat dengan Putrajaya berada di belakang Fuelsubs House Sdn Bhd (FHSB), pendahulu bidaan projek pengurusan subsidi minyak dan ia menimbulkan rasa tidak selesa penyokong parti.
Nama Fuelsubs muncul bulan lalu apabila pembuat kad pintar Datasonic Group Bhd berkata akan membayar RM10 juta bagi pemilikan 30% pegangan saham dalam syarikat itu sekiranya memperolehi surat penganugerahan dari Putrajaya untuk melaksanakan projek itu, yang dipersembahkan kepada Majlis Ekonomi.
Pemilik prinsipal Fuelsubs adalah ahli perniagaan Habibul Rahman Kadir Shah dan Datuk Razali Merican Naina Merican, yang merupakan adik beradik kepada Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri. Reezal Merican Naina Merican.
Habibul Rahman, yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri, merupakan ahli lembaga Pengarah kepada beberapa syarikat termasuk Group Lotus PLC, dimiliki Proton Bhd, Felda Global Venture Bhd Twin River Technologies Holdings Inc, dan turut dinamakan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berpangkalan di London, Petronas Energy Trading Limited, pada Mac lalu.
Pemilik lain Fuelsubs termasuk HKS Primatrix Sdn Bhd, yang juga dimiliki Habibul Rahman, dan abangnya Zaid Kadershah, eksekutif kanan telekomunikasi.
Kehadiran mereka dalam projek itu dikatakan menimbulkan rasa tidak selesa sebahagian ahli Umno dan penulis blog pro kerajaan, yang menuntut ketelusan projek dalam menangani ketirisan program subsidi.
Unit kaji selidik Maybank melaporkan Malaysia mengalami ketirisan subsidi bernilai RM7 bilion setiap tahun kesan penyeludupan subsidi petrol dan diesel ke negara luar.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan 40% rakyat Malaysia berpendapatan tinggi menikmati 80% subsidi bahan api negara.
Sejumlah RM24.8 bilion dibelanjakan untuk subsidi bahan api pada 2014, namun daripada jumlah itu, hanya RM3.5 bilion disalurkan kepada kumpulan berpendapatan rendah selepas mengambil kira ketirisan akibat penyeleudupan, yang menyebabkan Putrajaya mencadangkan penubuhan pengurusan subsidi bahan api.
Bulan lalu, Datasonic dan Pos Malaysia Bhd, yang dimiliki usahawan Tan Sri Mokhtar Albukhary dilaporkan bekerjasama untuk membida projek berkenaan yang mana Putrajaya dilaporkan berkata akan memutuskannya pada suku keempat 2014.
Berdasarkan laporan, cadangan program rasionalisasi subsidi bahan api akan menggunakan sama ada Mykad, kad bahan api dan Kad Pintar dan dianggarkan bernilai RM200 juta dan RM1 bilion untuk dilakskanakan.
Pembida lain termasuklah, MyEG Services Berhad, IRIS Corporation Bhd, ICASH Global Rewards Sdn Bhd, MOL AccessPortal Sdn Bhd dan sebuah syarikat berkaitan bekas menteri Kabinet.
Pos Malaysia bagaimanapun menafikan bekerjasama dengan mana-mana firma untuk projek terbabit, walaupun terlibat dengan pemberian pengedaran subsidi minyak secara "one-off" RM625 (kereta) dan RM150 (motosikal) pada 2008.
Pos Malaysia mempunyai jaringan seluruh negara yang mampu membekalkan logistik untuk projek dicadangkan, kata penganalisis.
Datasonic merasionalkan cadangan pegangan dalam Fuelsubs sebagai selari dengan strategi pengembangan pasaran dan peluang terbaik untuk perkembangan masa depan.
Pada April lalu, Datasonic mengumumkan memenangi kontrak membekalkan empat juta Mykad baru yang dilengkapi ciri 100% polikarbonat dan ciri keselamatan baru untuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tempoh enam bulan bermula Januari 2015 bagi RM72 juta.
Syarikat itu juga bakal membekalkan 10 juta Mykad dengan ciri sama kepada JPN untuk dua tahun bermula 1 Julai hingga 30 Jun 2016 untuk RM220.2 juta. – 15 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-perniagaan-berkaitan-umno-dahului-bidaan-pengurusan-subsidi-minyak#sthash.FtJeq2wr.dpuf

03 June 2014

Sistem baru subsidi minyak- Hanya kereta di bawah 2000cc dan pendapatan RM5000 ke bawah



RAFIZI RAMLI | .

Laporan-laporan berita yang mengesahkan bahawa Barisan Nasional sedang memuktamadkan satu sistem subsidi baru petrol dan diesel sudah tentu menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan di kalangan rakyat.

Setakat ini, laporan-laporan berita memberi gambaran bahawa sistem subsidi baru petrol dan diesel itu akan beroperasi seperti berikut:

1.      Subsidi petrol dan diesel hanya akan diberikan kepada golongan tertentu mengikut kadar pendapatan. Setakat ini, laporan menyebut jumlah pendapatan yang dipertimbangkan ialah RM5,000 ke bawah (bermakna bagi mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah, mereka masih boleh membeli petrol dan diesel pada harga subsidi);

09 March 2011

RM4 bilion subsidi kalau harga minyak kekal kata Najib .. hangpa tau la apa maksud dia


itulah yang dikatakan Najib kalau RON95 kekal RM1.90 seliter dan RM2.50 bagi RON97, KERAjaan dia kena belanja subsidi sebanyak RM4 bilion. Entah ya entah tidak kita pun tak tau lah. Depa ni boleh kata macam-macam nak kencing rakyat.

Apa-apa pun kita kena ucap terima kasih pada rakyat yang 'bodoh' yang masih memangkah BN, yang terbaru di Kerdau dan Merlimau baru-baru ni. Walaupun ianya hanya PRK, tak melibatkan pemerintah persekutuan, tapi orang-orang 'bodoh' ni masih berada di belakang Najib dan BNnya.

Bila cerita pasai barang naik semua mengeluh, marah sana marah sini. dari kedai kopi kampong, yang kopi 'o'masih secawan 2 kupang sampai la ke 'cross road' lounge hotel concorde semua marah sebab minyak naik, tak dak sorang pun yang bersetuju, tapi bila mai pilihanraya depa masih pangkah juga parti haramjadah tu. Tak paham aku ... adakah kerana dapat sorang RM100 masa dekat2 nak mengundi. Adakah pasal dapat jalan kampong yang baru? Dapat Wifi? hahaha depa tak tau depa dah kena kencing dek Najib ...
Hangpa tunggu lah 2 3 hari lagi, diam-diam depa penaik lah harga minyak ni. Ooopppss bukan penaik harga, silap tapi pelarasan harga minyak .... sapa yang tanggung? Semua rakyat bukan yang pangkah umNO BN saja. ..... JATUHKAN NAJIB TUMBANGKAN BN DI PRU 13 nanti.
KUALA LUMPUR: The fuel subsidy is estimated to rise by an additional RM4bil this year if no adjustments are made to petrol prices, which stand at RM1.90 per litre for RON 95 and RM2.50 per litre for RON 97.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said at a press conference Wednesday, after a briefing by Bank Negara Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, that subsidy costs for fuel would rise by this amount if no adjustments were made in the face of higher crude oil prices.

This would mean that the allocation for fuel subsidy under Budget 2011, which was set at RM10bil based on oil prices hovering around US$85 (RM259) to US$90 (RM274) per barrel, would rise to RM14bil this year.

Besides this, the Government has also allocated RM4bil for other subsidies. For 2010, the fuel subsidy came up to RM10bil.

Economists have also estimated that should oil prices remained above US$100 (RM305), the Government might need to fork out an additional RM3.5bil to RM4bil for the fuel subsidy.

Najib added that the deficit would depend on how much revenue the Government would get against the increase in subsidy costs.

The Government has targeted a budget deficit at 5.4% of gross domestic product for this year compared with 5.6% last year while the target was to lower the deficit to 2.8% by 2015.

Last month, Najib said there could be a review of the fuel subsidy should unrest in the Middle East continued although, so far, there were no plans to do so.

The price of RON 97 petrol was last raised on Feb 1, up from an initial 10 sen hike on Jan 4. In December, RON 95 petrol and diesel rose 5 sen per litre to RM1.90 and RM1.85 per litre respectively. - Star

18 November 2008

Govt has stopped subsidising fuel since Nov 1 - malaysiakini

By Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, Nov 18 — Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad revealed today the government has stopped subsidising fuel since Nov 1 and been collecting taxes instead on all fuel sales.
Speaking to reporters in Parliament, he explained that even after the 15-sen drop today, which saw RON97 petrol dropping to RM2 per litre, and RON92 and diesel down to RM1.90, the government was no longer subsidising fuel at the pumps.
"Even if prices return to RM1.92, we will still have a bit of surplus," he said, adding that subsidies had disappeared once the global price of fuel had dipped under US$65 per barrel.
Current prices are hovering at US$55 per barrel.
This gels with the 2009 Budget winding-up speech by Finance Minister Datuk Seri Najib Razak where he claimed a projected RM7 billion savings in fuel subsidies will be utilised to stimulate the troubled economy.
The statement was puzzling as the government had earlier said it would maintain a 30-sen fuel subsidy to keep pump prices below market prices.
As fuel companies take a 19-sen cut and fuel station operators take 12 sen, it can be inferredthat the cost price of RON97 petrol is currently below RM1.61 if the government can still collect taxes at RM1.92.
Shahrir, however, explained that this did not mean that the people were not being helped by the government.
"We are still giving the RM625 road tax rebate for cars and RM150 for motorbikes that goes straight into your pocket," he said, referring to the rebate announced when RON97 shot up to RM2.70.
"So the rebate is for when the people suffered for about three months," he said.
The Johor Baru MP had called a press conference to announce that a total cost of RM21.4 billion had been incurred by the government up to October this year due to tax exemptions and subsidies for fuel against RM16.2 billion last year.
He also said that government would consider a floor price for fuel. -- The Malaysian Insider

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive