KUALA SELANGOR- Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mana parti memerintah melaga-lagakan kaum dan agama untuk terus berkuasa, kata Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok.
Berucap di hadapan puluhan ribu rakyat semasa Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, pembohongan dan fitnah yang melaga-lagakan kaum secara berterusan ke atas pimpinan Pakatan Rakyat mencerminkan betapa BN sedang ‘sakit’.
Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor menceritakan bagaimana beliau sendiri difitnah berkenaan isu azan di Puchong sehingga disumbatkan ke dalam ISA.
