Showing posts with label hospital kerajaan. Show all posts
Showing posts with label hospital kerajaan. Show all posts

04 November 2014

Pontianak di Hospital Banting?


Makhluk kononnya pontianak dikatakan sedang berlegar-legar di pintu Mula tersebar di laman sosial. keluar hospital.Makhluk kononnya pontianak dikatakan sedang berlegar-legar di pintu Mula tersebar di laman sosial. keluar hospital.BANTING - Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting yang dirakamkan oleh pihak tertentu kini mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.
Meskipun ada pihak menganggap ia sebagai tahyul, namun tanggapan ramai dalam kalangan masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus juga tidak boleh diketepikan.
Bekas Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Abd Samad Maharudin berkata, beliau percaya keadaan itu wujud. Namun katanya, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh sehingga menakut-nakutkan pelanggan hospital.
Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar, Datuk Harun Idris memaklumkan, pada asalnya tapak kawasan Hospital Banting dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit.

04 January 2014

Jiwa saya luluh, dunia rasa gelap, bila saya dikatakan mengandung luar nikah - Siti Nor Hidayah 23

Gadis trauma dituduh hamilSiti Nor Hidayah menunjukkan notis yang dikeluarkan Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi dan dokumen keluar wad daripada Hospital Langkawi, semalam.
Langkawi: Seorang gadis trauma dan menanggung malu susulan tindakan Hospital Langkawi (HL) di sini, yang didakwa cuai mengendalikan pemeriksaan ke atasnya sehingga menyebabkan dirinya dituduh mengandung anak luar nikah. 

Siti Nor Hidayah Abdul Rahman, 23, berkata dia kecewa dengan tindakan doktor yang merawatnya ketika itu yang menuduhnya mengandung anak luar nikah sedangkan berlaku kesilapan pada ujian dijalankan.


Justeru, Hidayah yang bekerja di sebuah hotel di sini, menuntut HL memohon maaf atas kecuaian dilakukan sehingga menyebabkan maruahnya tercemar dan dia tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive