
Shah Alam, 30 Okt - Tiga bekas penuntut Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena dan bapanya Omar Peter Abdullah, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.