Johari (dua dari kiri) bersama ahli keluarga menguruskan pengebumian jenazah Nur Syuhada di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, semalam - Harian MetroJITRA : “Lelaki itu sudah cuba berkawan rapat dengan Nur Syuhada sejak zaman sekolah lagi, tetapi arwah tidak melayan.
“Namun, saya tidak sangka dia sanggup membunuh kerana menolak cintanya. Saya sudah banyak kali melarang dia (lelaki itu) termasuk membuat laporan polis, tetapi dia tidak mengendahkannya,” kata Johari Hashim, bapa kepada Nur Syuhada, 20, yang mati dikelar rakan lelakinya dalam sebuah kereta Proton Perdana di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Bukit Gantang, Perak, kelmarin.
Difahamkan, Nur Syuhada, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang berkenalan dengan suspek sejak empat tahun lalu.
“Dia mula berkawan dengan anak saya sejak arwah di tingkatan lima, tetapi anak saya tidak mahu kerana sikapnya yang terlalu obses.



