Showing posts with label isteri curang. Show all posts
Showing posts with label isteri curang. Show all posts

18 June 2014

Isteri curang : Suami temui isteri berbogel bersama pekerjanya

Oleh Norul Awatif Romli
Alor Setar: Seorang isteri parah di peha kiri manakala seorang remaja lelaki hampir putus tangan kiri akibat ditetak suami wanita terbabit selepas mereka ditemui dalam keadaan bogel di dalam rumah sewa dalam kejadian di Langgar, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu dikatakan baru pulang berniaga di kedai makannya di Kepala Batas, di sini, terkejut apabila mendapati isterinya berusia awal 30-an dalam keadaan memalukan bersama pekerjanya yang berusia 19 tahun.

17 June 2014

Kes Skandal Adi Putra dgn isteri orang akan dibuka semula?


Satu ketika dahulu, kes Adi Putra dengan isteri orang yang bernama Nooraida sangat hangat diperkatakan. Namun kebenaran terbukti apabila kes tersebut diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action). Walaupun begitu, suami Nooraida ketika itu, Amiruddin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang diberikan dan menganggap bahawa siasatan kes itu tidak telus. Malah Amiruddin turut memaparkan gambar penyiasat kes tersebut bersama Adi Putra yang pada dirinya, amat meragukan.
nooraida cerai

22 August 2013

Tikam isteri disyaki curang

Oleh Junaidi Ladjana
Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang berang selepas mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak kejam apabila menikam wanita itu sehingga mati di sebuah rumah kongsi berhampiran tapak pembinaan di Jalan Ganang Kepayan, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa Suria Amuk, 45, yang bekerja sebagai buruh binaan mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk selepas ditikam tiga kali di dada dan belakang badan.
Difahamkan, suspek lingkungan 50-an, yang sudah enam bulan berhenti kerja di tapak pembinaan itu dipercayai ke rumah kongsi mangsa selepas mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Berlaku pertengkaran antara suspek dengan isterinya sebelum lelaki terbabit menikam mangsa sebanyak tiga kali di dada dan belakang badannya menggunakan sebilah pisau.
Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang mati ditikam, semalam.

Akibat kejadian itu, mangsa terbaring di hadapan rumahnya dan dipercayai mati, manakala suspek tidak melarikan diri, sebaliknya menyerah diri kepada anggota polis yang tiba di lokasi selepas dimaklumkan berkenaan kejadian itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive