KUALA LUMPUR - Belum lagi menjalani hukuman penjara 18 tahun dan sembilan sebatan kerana merogol seorang wanita, seorang lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara berjumlah 41 tahun dan 12 sebatan kerana merogol seorang remaja dan mencuri Ipadnya.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Chai Ruong Huei, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan enam kali sebatan  bagi setiap dua pertuduhan merogol dan penjara lima tahun bagi satu pertuduhan mencuri Ipad itu.

Bagaimanapun, Ruong Huei, yang sebelum ini bekerja di sebuah kedai jam, hanya perlu menjalani hukuman penjara 18 tahun untuk pensabitan ini selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan secara serentak.