Showing posts with label media statement. Show all posts
Showing posts with label media statement. Show all posts

31 January 2011

Kenyataan Media Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 31 Jan: PAS akan merangka strategi berkesan dalam pilihanraya seterusnya dan akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia.

Demikian kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily ekoran kekalahan calonnya, Normala Sudirman di Tenang.

Calon BN pada PRK Tenang, Mohd Azahar Ibrahim mendapat 6,699 undi menewaskan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman atau Cikgu Mala yang memperolehi 2,992 undi dengan majoriti 3,707 undi.

Meskipun berjaya mempertahankan kerusi Dun Tenang, namun BN gagal mencapai majoriti sasaran iaitu 5,000 undi sebagaimana yang pernah dihasratkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang, PAS senantiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata,.

Tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem demokrasi yang adil dan tulen.

Berikut adalaah kenyataan penuh beliau:

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

“Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN N.05 Tenang”

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas pilihan raya kecil DUN Tenang dari berbagai latarbelakang politik, Pengarah dan Jawatankuasa Pilihan Raya PAS – DAP – PKR yang bertungkus lumus menggerakkan jentera kempen, Pengerusi dan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan seluruh Negeri serta orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang menyumbangkan tenaga dan sokongan.

Ucapan tahniah diucapkan kepada calon PAS iaitu Cikgu Normala Sudirman dan keluarga beliau yang telah berjaya menggerakkan semangat juang yang tinggi di kalangan petugas sepanjang pilihan raya berjalan.

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh pengundi berbagai kaum yang telah memberikan kepercayaan dengan mengundi PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil berkenaan.

PAS amat menghargai sokongan dan harapan semua pihak dalam pilihanraya kecil ini untuk melihat fajar baru menyinsing dalam dominasi politik baru di tanah air tercinta ini.

Keputusan pilihanraya ini walaupun tidak menyebelahi kita, tetapi ianya telah menjadi kunci kepada semangat juang kita seterusnya dalam proses untuk kita melakukan perubahan yang menyeluruh dan bermakna dalam sistem demokrasi yang berat sebelah ini.

Kita akan terus menerus merangka strategi berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan kebersamaan gerakerja dalam pilihanraya seterusnya, dan dalam masa yang sama akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia.

Untuk kesekian kalinya kita berhadapan dengan Umno-BN yang menggerakkan jentera kerajaan dengan bajet yang tidak terbatas, media berat sebelah yang masuk di tiap-tiap buah rumah, dan peraturan pilihan raya yang tidak berasaskan suasana pertandingan di lapangan yang sama rata.

Oleh yang demikian, usaha menggerakkan massa menerusi saluran parti politik dan NGO akan terus dilaksanakan agar demokrasi yang tulen dapat ditegakkan.

Kita senantiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata, tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem
demokrasi yang adil dan tulen.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

26 Safar 1432 H / 31 Januari 2011 M

29 August 2010

Rasulallah BENARKAN BUKAN ISLAM masuk Masjid

Bagaikan menahan lukah di pergentingan, UMNO dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka. Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, UMNO dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini.

Peristiwa Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan. Kini tindakan Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang, gambar kanan) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar.

Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hokum Hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini.

Empat pandangan

Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.

Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah.

Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah.

Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.

Rasulullah benarkan bukan Islam masuk masjid

Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)."

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini. Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.

Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.

Sewajarnya, para wakil rakyat PR demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.

Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan UMNO selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu. Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan.

Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala UMNO ini. Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu.

Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan. Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.

*Kenyataan media oleh Muhd Nur Manuty selaku Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama Parti KeADILan Rakyat

02 March 2010

Salehuddin dibayar RM9,000 sebulan sebagai Setiausaha

Saya tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan oleh bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Salehuddin Hashim. Beliau menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliaulah di belakang tindakan Anggota Parlimen (AP) yang keluar Parti dan saya mempercayainya.

Orang sudah tahu semua ADUN dan AP yang keluar mempunyai masalah kewangan ataupun masalah disiasat oleh SPRM. Namun tidak dinafikan ada juga masalah peribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri. Boleh dikatakan semuanya menemui PM Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, Rosmah Mansor, sebelum bertindak keluar.

Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya PAS, DAP dan bahkan UMNO menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin lain mereka berhenti. Akhirnya semua parti muncul lebih kuat.

Salehuddin telah memberikan khidmat baik kepada KEADILAN selama kira-kira enam tahun, tiga tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan tiga lagi sebagai Setiausaha Agung. Biro Politik telah mencatatkan terima kasih atas jasanya.

Ada anggapan kononnya Parti mendapat khidmat Salehuddin (gambar kiri) secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US 3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh Parti tetapi oleh salah seorang penyokong.

Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap Parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila "permohonannya" untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.

Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi AP akan keluar Parti. Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak. Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh.

Kenyataan media oleh Syed Husin Ali, selaku Timbalan Presiden PKR.

31 May 2009

Kenyataan Media DSAI atas kemenangan di PRK PENANTI

Syabas kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang berusaha keras memastikan kemenangan Sdr Mansor Othman. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat pengundi Penanti.

Alhamdulillah dalam jangka masa 14 bulan ini, tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihanraya, dan masih tetap tidak berganjak untuk meyokong agenda Perubahan Pakatan Rakyat. Keputusan Pilihanraya Kecil ini membuktikan Keadilan masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti.

Hari ini penduduk Penanti telah membuat keputusan bijak dengan memilih Sdr Mansor sebagai wakil mereka dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Semoga dengan perlantikan ini beliau akan menunaikan amanah yang diberikan serta berkhidmat bersungguh-sungguh demi Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

20 April 2009

Kenyataan Media YB V. Sivakumar

Speaker Difitnah Oleh Pihak Tidak Bertanggungjawab

Saya rasa terperanjat dengan berita yang disiarkan dalam Akhbar NST hari ini. Menurut Akhbar NST ada pihak yang mengatakan bahawa saya sedia maklum tentang Sidang DUN pada 7 Mei 2009 dan sayalah yang memberi arahan untuk mengeluarkan notis tersebut. Saya membantah sekeras-kerasnya fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Orang yang membuat kenyataan akhbar itu mengatakan bahawa saya ‘tipu’.

Saya tidak akan membiarkan perkara ini. Ini merupakan satu lagi usaha untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya. Kalaulah tuduhan yang dibuat itu benar kenapa pula orang yang mengeluarkan kenyataan itu tidak berani memberi identitinya dalam akhbar. Kenapa hanya mengatakan sebagai orang yang ada kena-mengena dengan Pejabat Menteri Besar.

Saya tidak diberitahu tentang Persidangan 7 Mei 2009. Pada 16 April 2009 (Khamis) saya ada dengar maklumat daripada salah seorang ADUN bahawa sidang DUN akan diadakan pada 7 Mei 2009. Menurut beliau maklumat ini diperolehi daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Saya tidak tahu apa-apa tentang sidang DUN tersebut sehingga hari itu. Saya mengharapkan perkara itu akan dimaklumkan kepada saya secepat yang mungkin. Pada keesokan harinya iaitu pada 17 April 2009 (Jumaat), saya telah menerima panggil telefon daripada beberapa orang ADUN untuk menanyakan tentang notis yang diterima oleh mereka. Saya rasa begitu marah kerana notis dikeluarkan tanpa pengetahuan saya. Notis telah dihantar ke Pejabat DAP untuk ahli-ahli Dewan Negeri DAP. Untuk ahli-ahli yang lain saya tidak ada maklumat bagaimana ia diserahkan.

Selepas itu, saya menghubungi Pejabat Speaker saya untuk menanyakan samada saya menerima apa-apa surat berkaitan Persidangan DUN pada 7 Mei 2009. Saya diberitahu bahawa satu notis telah dihantar ke pejabat saya lebih kurang jam 10 pagi. Notis yang sama telah dihantar oleh Setiausaha Dewan kepada semua ADUN-ADUN yang lain. Saya telah melihat notis itu lebih kurang 1 petang. Saya hanya berjumpa dengan Setiausaha Dewan En Abdullah Antong lebih kurang jam 3 petang selepas beliau balik daripada sembanyang Jumaat. Perjumpaan saya dengan Setiausaha Dewan itu adalah selepas notis dikeluarkan olehnya tanpa sebarang rundingan dengan saya.

Dalam perjumpaan informal itu, saya juga tidak melihat apa-apa dokumen daripada Istana yang mengesahkan persidangan pada 7 Mei 2009. Saya hanya diberitahu tentang persidangan itu selepas notis dikeluarkan dan bukan seperti mana yang dituduh dalam Akhbar NST. Saya akan membuat siasatan penuh mengenai maklumat palsu yang disiarkan dalam Akhbar NST hari ini. Tindakan ini amat memalukan dan mencemarkan nama saya sebagai Speaker Dewan Negeri Perak.

20 April 2009.

V.Sivakumar
Yang Dipertua Dewan Negeri
Perak Darul Ridzuan

http://speakforperak.blogspot.com/

21 October 2008

MEDIA STATEMENT BY LIM KIT SIANG - malaysiakini

21 Oct 2008
Hamid should do his homework by first reading and digesting the 2005 Royal Police Commission Report or he would not have dismissed complaints from Taiwanese investors and claim that the crime situation has not reached "red danger alert"

I am very disappointed by the Home Minister, Datuk Seri Syed Hamid Albar's response to complaints by Taiwanese investors about the serious crime situation in the country which affects investment confidence.In fact, this is not just the concern of Taiwanese investors but all foreign and local investors as well as ordinary Malaysians and visitors, as crime in Malaysia has become one of the biggest problems in Malaysia – with the exception of the Home Minister.
In fact, the problem of rising crime index has been a staple subject of DAP MPs in Parliament in the last two Parliaments.I just cannot imagine how Hamid could be so unresponsive and irresponsible as to dismiss the Taiwanese investors' complaints about the crime situation in Malaysia, claiming that the law-and-order situation in Malaysia has not reached a "red danger alert".
Let me advise Hamid to do his homework by first reading and digesting the 2005 Royal Police Commission Report, or he would not have committed another faux pax like his earlier ridiculous statement that the Sin Chew senior reporter Tan Hoon Ching was arrested under the Internal Security Act for her own protection and safety!
When Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi became Prime Minister in October 2003, the crime situation was already out of control which was why one of his first reform promises and measures which won him all-round plaudits and support among Malaysians was the establishment of the Royal Police Commission to reduce crime to restore to Malaysians their twin fundamental rights to be free from crime and the fear of crime, whether in the streets, public places or the privacy of their homes.
The Royal Police Commission in its May 2005 Report had referred to the "alarming" and "dramatic increase" in the crime index from 121,176 cases in 1997 to 156,455 cases in 2004, an increase of 29 per cent in eight years, and recommended a reduction by 20% in the crime index in the first 12 months.
In actual fact, the reverse took place. In the past four years, the crime index had worsened from 156,315 cases in 2003 to 224,298 cases in 2007 – a sharp rise of some 45% when it should have gone down as recommended by the Royal Police Commission which proposed a 20% drop in the crime index in the first 12 months of its report.
For the first time in the nation's 50-year history, the crime index last year crashed through the 200,000 psychological barrier. Women in Malaysia are now more unsafe today than four years ago – as the incidence of rape had more than doubled from a daily average of four women in 2003 to 8.5 women last year!Has Hamid forgotten the Barisan Nasional's 2008 general election manifesto where it promised: "Bring down the country's crime index".
What has Hamid as Home Minister done in the past seven months to fulfil the BN 2008 manifesto to "Improve the level of personal safety for every individual"?Hamid has nothing to show as Malaysia today is even more unsafe to its citizens, visitors, tourists and investors because of endemic crime as compared to the start of the Abdullah premiership in 2003 or even just March this year.
Has Hamid forgotten the spate of crime in the country like the robbery-cum-murder of Thor Joo Lee, wife of former Penang State Assemblyman for Bukit Tambun, Lai Chew Hock at her Tambun Indah house in Penang and the robbery of Datin Chang Lee Lee, wife of former Penang Exco and Pulau Tikus Assemblyman Datuk Dr. Teng Hock Nan in her Jalan Tunku Abdul Rahman house in Penang among other outrages?
Malaysians are paying a terrible cost in terms of the personal safety of its citizens, tourists and investors and the nation's investment climate because of the unchecked rising crime index and lack of leadership and commitment to declare an all-out-war against crime whether by the Home Minister or the Inspector-General of Police.
In fact, it is no exaggeration to say that crime in Malaysia has become so endemic as to scare away tourists and investors precisely because the most important recommendation of the Police Royal Commission to establish the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) to create an efficient, professional and world-class police service to keep crime low in the country had not been implemented or heeded.
Is Hamid prepared to support the establishment of a full-fledged IPCMC and not a tooth-less and clawless Special Complaints Commission (SCC) which is a mockery of the Royal Police Commission's IPCMC proposal, as there will be police representatives on the SCC.
Other statements:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive