Showing posts with label merdeka. darurat. Show all posts
Showing posts with label merdeka. darurat. Show all posts

05 May 2011

Mansuhkan pengisytiharan darurat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Kerajaan turut digesa memansuhkan pengisytiharan darurat yang sudah lebih 40 tahun digunakan di negara ini selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Malaysia seharusnya mencontohi negara lain seperti Mesir yang telah memansuhkan pengisytiharan darurat.

"Kita berada dalam kerangka undang-undang yang tempang. Memang ISA itu zalim, itu memang jelas tapi isu yang lebih utama ialah mengenai deklarasi darurat yang masih digunakan di Malaysia sedangkan negara lain seperti Mesir ianya sudah dimansuhkan," kata beliau dalam satu diskusi bertajuk 'Siapa di belakang ISA' di KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLCAH), kelmarin.

31 August 2010

Darurat belum dibatal sehingga kehari ini - Merdeka kah kita?

31 Ogos - Tahukah anda walaupun hari ini kita sudah Merdeka 53 tahun namun pengistiharaan darurat masih belum lagi dibatalkan? Dari segi teknikalnya, negara masih dalam keadaan darurat yang diisytiharkan pada tahun 1964 dan pada tahun 1969.

Justeru ia menimbulkan persoalan mengapa sehingga kini kerajaan masih belum menarik pengistiharaan darurat ini.

Menurut artikel 150 (7) dalam Perlembagaan Persekutuan, seandainya pengistiharaan darurat ditamatkan, semua akta yang digubal ketika tempoh darurat akan hilang penguatkuasaannya selepas enam bulan.

Terdapat dua kaedah untuk menamatkan darurat menurut Perlembagaan Persekutuan. Pertamanya, Yang Di-Pertuan Agung boleh menamatkan darurat setelah dinasihat Perdana Menteri.

Dan keduanya, Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan usul untuk membatalkan darurat. Namun, sehingga kini, Parlimen tidak menamatkan darurat melalui saluran tersebut.

Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh ketika dihubungi oleh wartawan TV Selangor berpendapat dalam pada kita menyambut kemerdekaan, kita juga perlu menyedari bahawa sebenarnya ada lagi elemen-elemen darurat yang terdapat di Malaysia.

“Undang-undang AKTA ISA seperti ordinance darurat walaupun tidak disebut akta darurat iaitu ISA itu sendiri tetapi peraturan dalam ISA itu ataupun yang dulunya itu ordinance perkara 17 sebenarnya telah dimasukkan ke dalam ISA”

Menurut Syed, perkara 17 berkenaan adalah tahanan tanpa bicara bilamana ada tahanan tanpa bicara ini dan kuasa yang ada pada pihak polis dan juga pihak Menteri Dalam Negeri untuk menahan seseorang tanpa bicara atau mengemukakan apa-apa bukti maka itu sebenarnya adalah menunjukkan pengertian bahawa kita tidak merdeka.

Beliau turut mendakwa kerajaan masih enggan membatalkan pengistiharaan darurat serta memansuhkan akta ISA kerana ianya digunakan untuk menutup mulut pengkritik selain melindungi kepentingan peribadi sesetengah pemimpin.

Syed Ibrahim menggesa agar rakyat bangkit dalam memperjuangkan erti kemerdekaan yang sebenarnya demi generasi masa hadapan khususnya untuk memansuhkan akta ISA dan akta-akta zalim yang lain.

Beliau yang turut mengulas makna kemerdekaan bagi beliau adalah perjuangan sepertimana generasi terdahulu memperjuangkannya sehingga sanggup ditahan seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy dan sebagainya dan menjadi harapan beliau semoga rakyat Malaysia bangkit memperjuangkan kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya dan pada masa yang sama juga turut berkorban demi untuk masa depan yang lebih baik lagi daripada sekarang. -MOHD EZLI MASHUT /TVS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive