Showing posts with label pemidato umno. Show all posts
Showing posts with label pemidato umno. Show all posts

04 July 2009

PRK Manek Urai : Petikan Ucapan Pemidato Terbaik Pemuda UMNO

Asalamualaikum...Warahmatullahiwabarkatuh,Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian. Apa khabar semua? Ada baik? Semoga baik belaka hendaknya.
Terimaaaa kasihhhhhhh kerana sudi hadir mendengar ceramah kempen saya ini.
Saya mewakili PM yang kita kasihi yang hendak datang berkempen disini tapi beliau terlalu sibuk 1Malaysia!!!!!Berdirinya saya disini adalah untuk bertemu muka dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya berasa gembira dengan kehadiran yang begini ramai. Ini membuktikan rakyat kelantan mahukan perubahan, bukannya kemunduran seperti yang dapat kita sama-sama saksikan di bawah pemerintahan Pas di Kelantan ini. Betul tak?
(Satu suara memekik: "Betul belako. Tak ada betul melainkan betul belako")
Terima kasihhhhhhhhh , kepada saudara yang memekik menyokong cakap saya.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian ada golongan, terutama Pas yang menyatakan UMNO dan Barisan Nasional tak diterima oleh rakyat lagi. Dah tak relewan lagi. Kononnyalah.
Percayalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, UMNO dan BN telah lama memerintah 1Malaysia. Tak ada Parti dalam dunia ini yang boleh bertahan lama di alam maya ini melainkan UMNO dan BN. Sebab apa? Sebabnya UMNO dan BN betul-betul pandai memerintah.
Bukan setakat itu saja, bahkan UMNO dan BN mempunyai pemimpin yang hebat. Kesemua pemimpin UMNO dan BN , tak melakukan korupsi. Tak ada kronisme. Kami berjuang untuk bangsa , negara dan agama. Oh silap.......Maaflah ,kita kena dahulukan agama.
Saya ulang balik. UMNO dan BN berjuang untuk agama , bangsa dan negara. Ya, kita mesti utamakan agama Islam. Dalam bab agama Islam ,Umno dan BN telah dan akan terus perjuangkan dengan sungguh-sungguhnya sehingga peluh yang terakhir. Buktinya, UMNO DAN BN telah membina banyak masjid, Universiti Islam, Bank Islam, Sekolah Islam, Tandas Islam, Keretapi Islam, Kapal terbang Islam, Tol Islam, Penjara Islam dan banyak lagi. Betul tak?
(Suara yang sama memekik lebih kuat:"Betul belako. Tak ada yang tak betul melainkan betul belako")
Terima kasihhhhhhhhhhhh kepada saudara yang memekik dengan kuatnya menyokong hujah saya.Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian .Ada golongan tertentu berkata bahawa kami anti hudud. Sesugguhnya ini adalah fitnah yang sengaja diada-adakan. Kami akan tegakkan syariat Islam termasuk hudud bila Amerika, England, Rusia, Perancis, Jepun ,China, dan negara-negara lain menegakkan hukum hudud .
Mengapa UBN tunggu negara-negara itu tegakkan syariat Islam? Sebabnya , negara yang kita cintai ini , kena pastikan negara yang lebih maju dari kita melaksanakan hudud terlebih dahulu.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian ,kalau kerajaan Umno dan BN yang mulakan, secara langsung kita akan dituduh sebagai sebuah negara yang ektremis agama yang perlu diperangi . Kita belum mampu untuk berperang dengan kuasa besar. Dan lebih memualkan , bila kita beli lebih banyak peralatan perang dan beli lebih banyak jet pejuang dan kapal selam nanti, Pas dan Pakatan Rakyat akan tuduh pemimpin UMNO dan BN membeli kesemua itu dengan tujuan memakan komisyen.
Cukup teruk buruk sangka , Pas dan Pakatan Rakyat . Mereka tak tahu, pemimpin UMNO semuanya bersih dari rasuah. Bersih dan noda dan dosa. Setakat tepok ponggung perempuan yang melambangkan kasih sayang sesama insan, takkan masuk nerakakan?
Kalau ada diantara kami berzina atau meletupkan orang dengan C4, terus kami minta Allah ampunkan dosa. Allah Maha Pengampun kan? Betul tak?
( Orang yang tadinya menjerit kuat, terus naik ke pentas dan berkata: " Tok berhenti sekejab, Kawae nok pinjam Microphone sekejab". Dan dia pun memekik bagai nak pecah gegendang telinga pendengar: " Betul...tersangat betul. Tak ada yang betul melainkan betul belako")
Terima kasihhhhhhhhhh.
Bersemangat betul kawan kita nih, siapa nama?
(Maka bangunlah orang yang memekik tadi dan memperkenalkan dirinya: "Orang panggil saya Imam Sauti")
Ohhhhh cantiknya nama itu!!!!.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian contohilah Imam Sauti . Nanti lepas habis pilihanraya kecil , Imam Sauti datanglah ke pejabat saya di Putrajaya. Saya nak bincang sesuatu.
(Orang yang mengelarkan dirinya Imam Sauti kelihatan mengangguk sambil memekik: "Hidup Datuk!!!!!)
Tuan-tuan dan puan sekalian , sebelum saya beredar kerana banyak tempat lagi yang saya kena pergi berkempen, saya ingin mengumumkan untuk membangun kawasan Dun Manik Urai ini .
Untuk peringkat permulaannya, kerajaan UMNO dan BN akan membina sebuah bangunan seperti KLCC di sini. Batu asasnya akan dirasmikan oleh Y.Amat Berhormat, Perdana Menteri yang kita kasihi yang telah diiktiraf oleh isterinya sebagai seorang lelaki yang paling penyabar di 1Malaysia ini.
Ini bukan projek Mee Segera tetapi telah dirancang sebelum merdeka lagi!!!.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian sekiranya saya tersilap bahasa, terkasar bicara, tercakap bohong, maafkan saya. Saya ini insan biasa walaupun ada title Datuk Seri. Dan jangan lupa, esok selepas solat subuh , saya akan turun membantu membuat kerja kampong bersama rakyat jelata disini kerana saya diminta oleh PM yang kita kasihi untuk menoreh getah. Tapi pokok getah ada tak kat sini?
(Imam Sauti menjawab dengan kuatnya: "Semua jenis pokok ada Tok , termasuk pokok demokrasi")
Baguslah kalau gitu. Saya mengucap terima kasihhhhhhhhh kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana meminjamkan telinga mendengar ceramah saya. Ok tak ceramah saya ini?
(Imam Sauti menjawab dengan suara yang kuat:" Tak ada yang ok, melainkan ok belako!!)
Terima kasihhhhhh.
Kehebatan pidato ini, saya pelajari dari buku Ilmu Pidato, tulisan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang belajar di peringkat Ph.D dalam bidang komunikasi. Buku beliau berkaitan dengan ilmu berpidato boleh dibeli di kedai buku di 1Malaysia. Silalah beli, supaya tuan-tuan dan puan-puan boleh menjadi pemidato yang hebat seperti saya.
Akhir kata, undilah Pas, oh silap teknikal. Undilah BN untuk kemajuan didunia dan akhirat.
Kabir!!!!!!!!!!. Oh silap lagi. Takbirrr!!!!!!!!!!!!!
(Dijawab oleh Imam Sauti:"Takbirrrrrrrr Tok.............")
Oklah, minta diri dulu yer. Mari kita bersalaman.
Maka berebutlah lebih kurang 30 orang pendengar bersalaman dengan DatukSeri ."Ehhhh pocuttt.......lebih kurang 30 orang aje ke?. Nampak macam ramai?"
"Ini pun dah kira ramai Datuk. Yang lain pokok pisang" Jawab Imam Sauti.~sheikh teluk intan~

06 June 2009

KJ bawa pemidato terbaik UMNO ke Manek Urai

Agak kurang kedengaran nama Menantu Tun Abdullah ini didada akhbar "keldai UMNO/BN"...mengikut dari pendengaran "pekak" saya ini ..kali terakhir nama beliau disebut ketika didalam suasana "suam-suam kuku" PRK Penanti yang baru sahaja berlalu dan sudah "meng-off-kan semua cd-cd"..
Sebenarnya saya "agak" bersimpati dengan nasib beliau ini..sesudah "disenaraihitamkan" didalam kabinet Najib..Ketua Pemuda UMNO ini bergerak didalam "kandang" sahaja..cuma sekali sekala sahaja dibawa keluar mencari makan..itupun nasib baik ada Pilihanraya Kecil..
Diatas kehadiran PRK lah baru saya tahu bahawa Pemuda Umno ini buat kerja..kalau x..saya ingat Pemuda Umno sudah bertukar "seluar"...memakai "skirt" atau "kain batik"..asyik berkurung sahaja diceruk dapur..
Astro Awani ada menjemput Setiausaha Pemuda Umno sebagai ahli panel semasa menanti keputusan rasmi PRK Penanti...apa yg menariknya cerita pasal dia nie adalah Pemuda Umno ada "plan" baru utk menarik sokongan anak-anak muda kembali kepangkuan UMNO...Diantaranya adalah membangunkan 300 blog proUMNO..mengaktifkan diri didalam Facebook..namun begitu..."plan" ini ditemplak oleh ahli panel yang lain yg terdiri dari pakar akademik...pakar-pakar ini berkata.. binalah seberapa banyak blog,website,facebook,myspace,friendster,twitter dan bla bla bla lagi.....keputusanya tetap sama..tidak akan ada "swing' kembali ke riba UMNO jika....."kandungan" atau "contens" atau "isi" yg dipaparkan masih lagi ditakuk lama...stail org tua...pendekatan dizaman PRamlee...gerak tari zaman ago go dan pop yeh yeh..
Dan yg terkini..mengikut laporan dari "keldai besar UMNO/BN" iaitu utusan meloya bertarikh 6 jun 2009 jam 8;59pm....Pemuda Umno sudah merasmikan "Kursus Asas "-JENTERA UNIT PIDATO PEMUDA UMNO....Perghh....dasat sioot...gua tabik lu la Khairy...ini la baru Ketua Pemuda UMNO..bukan mcm Hishamuddin...pondan..pengecut semalaya....saya mengucapkan tahniah kepada Pemuda Umno kerana masih terdapat lagi fikiran bernas dari ahli-ahli Pemuda Umno..
Namun begitu usahlah terlalu gembira dengan ucapan tahniah dari saya ini..kerana tindakan Pemuda Umno nak hantar pemidato-pemidato yang "terbaik"ke Manik Urai utk menjelaskan pelbagai isu kepada pengundi di kawasan tersebut seolah-olah "menempah maut' utk para pemidato Pemuda Umno..
Tidak salah jika Manik Urai ini dijadikan sebagai medan ujian buat "tentera" UMNO ini..memang perlu "try and error"...tetapi mengikut ramalan otak cetek saya ini.."tentera" Pemuda ini kurang ada semangat juang....ketahanan "pekak badak" tiada..yg paling penting "keikhlasan" itu pun memang confirm tiada...sudah tentu utk menjadi pemidato ini bakal menerima "gaji"..oleh itu Manik Urai ini bukanlah tempat yg paling ideal utk "try n error"..
Agak-agak pengundi Manik Urai ini mahu ka keluar rumah menghadiri ceramah UMNO..yang pasti hadir sudah tentu ahli-ahli Umno sahaja..so no meaning la nak test power dalam kandang sendiri...Adalah moleknya para "tentera" Pemuda Umno ini berdebat didalam tv sahaja..umpamanyaberdebat didalam "HUJAH" atau buat la satu "debat" seperti mana DSAI dan Sabrey Chik..kalau buat jugak di Manik Urai...confirm "geng-geng" itu akan patah semangat..setakat bercakap didepan 20 30 org buat apa..dah la geng sendiri....xda thriller kata org....
Lagi satu..saya rasa la "isu" pembangunan xpayah la nak disentuh diManik Urai...ok....itu "isu" akan menjelmakan kembali rupa buruk,hodoh,tua kerepot UMNO dimata rakyat/pengundi di Manik Urai....Sebelum terlupa...jika pemidato-pemidato yg bakal dilahirkan oleh Pemuda Umno ini hanya hangat-hangat taik ayam...
saya syorkan Pemuda Umno carila "LEADER-LEADER MLM"...u all join networking under depa pastue suruh depa buat ceramah..kalau ceramah politik xjalan mana tau kot2 "ada masyuk" under u worang utk MLM...xdala rugi sangat...utk pengetahuan u all..LEADER-LEADER MLM ini memang dasyat tau...macam magnet utk tarik org dengar ceramah...u all selit2 la sikit....amacam..ada bran ka..?
- apadianie.blogspot

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive