04 July 2009

PRK Manek Urai : Petikan Ucapan Pemidato Terbaik Pemuda UMNO

Asalamualaikum...Warahmatullahiwabarkatuh,Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian. Apa khabar semua? Ada baik? Semoga baik belaka hendaknya.
Terimaaaa kasihhhhhhh kerana sudi hadir mendengar ceramah kempen saya ini.
Saya mewakili PM yang kita kasihi yang hendak datang berkempen disini tapi beliau terlalu sibuk 1Malaysia!!!!!Berdirinya saya disini adalah untuk bertemu muka dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya berasa gembira dengan kehadiran yang begini ramai. Ini membuktikan rakyat kelantan mahukan perubahan, bukannya kemunduran seperti yang dapat kita sama-sama saksikan di bawah pemerintahan Pas di Kelantan ini. Betul tak?
(Satu suara memekik: "Betul belako. Tak ada betul melainkan betul belako")
Terima kasihhhhhhhhh , kepada saudara yang memekik menyokong cakap saya.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian ada golongan, terutama Pas yang menyatakan UMNO dan Barisan Nasional tak diterima oleh rakyat lagi. Dah tak relewan lagi. Kononnyalah.
Percayalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, UMNO dan BN telah lama memerintah 1Malaysia. Tak ada Parti dalam dunia ini yang boleh bertahan lama di alam maya ini melainkan UMNO dan BN. Sebab apa? Sebabnya UMNO dan BN betul-betul pandai memerintah.
Bukan setakat itu saja, bahkan UMNO dan BN mempunyai pemimpin yang hebat. Kesemua pemimpin UMNO dan BN , tak melakukan korupsi. Tak ada kronisme. Kami berjuang untuk bangsa , negara dan agama. Oh silap.......Maaflah ,kita kena dahulukan agama.
Saya ulang balik. UMNO dan BN berjuang untuk agama , bangsa dan negara. Ya, kita mesti utamakan agama Islam. Dalam bab agama Islam ,Umno dan BN telah dan akan terus perjuangkan dengan sungguh-sungguhnya sehingga peluh yang terakhir. Buktinya, UMNO DAN BN telah membina banyak masjid, Universiti Islam, Bank Islam, Sekolah Islam, Tandas Islam, Keretapi Islam, Kapal terbang Islam, Tol Islam, Penjara Islam dan banyak lagi. Betul tak?
(Suara yang sama memekik lebih kuat:"Betul belako. Tak ada yang tak betul melainkan betul belako")
Terima kasihhhhhhhhhhhh kepada saudara yang memekik dengan kuatnya menyokong hujah saya.Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian .Ada golongan tertentu berkata bahawa kami anti hudud. Sesugguhnya ini adalah fitnah yang sengaja diada-adakan. Kami akan tegakkan syariat Islam termasuk hudud bila Amerika, England, Rusia, Perancis, Jepun ,China, dan negara-negara lain menegakkan hukum hudud .
Mengapa UBN tunggu negara-negara itu tegakkan syariat Islam? Sebabnya , negara yang kita cintai ini , kena pastikan negara yang lebih maju dari kita melaksanakan hudud terlebih dahulu.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian ,kalau kerajaan Umno dan BN yang mulakan, secara langsung kita akan dituduh sebagai sebuah negara yang ektremis agama yang perlu diperangi . Kita belum mampu untuk berperang dengan kuasa besar. Dan lebih memualkan , bila kita beli lebih banyak peralatan perang dan beli lebih banyak jet pejuang dan kapal selam nanti, Pas dan Pakatan Rakyat akan tuduh pemimpin UMNO dan BN membeli kesemua itu dengan tujuan memakan komisyen.
Cukup teruk buruk sangka , Pas dan Pakatan Rakyat . Mereka tak tahu, pemimpin UMNO semuanya bersih dari rasuah. Bersih dan noda dan dosa. Setakat tepok ponggung perempuan yang melambangkan kasih sayang sesama insan, takkan masuk nerakakan?
Kalau ada diantara kami berzina atau meletupkan orang dengan C4, terus kami minta Allah ampunkan dosa. Allah Maha Pengampun kan? Betul tak?
( Orang yang tadinya menjerit kuat, terus naik ke pentas dan berkata: " Tok berhenti sekejab, Kawae nok pinjam Microphone sekejab". Dan dia pun memekik bagai nak pecah gegendang telinga pendengar: " Betul...tersangat betul. Tak ada yang betul melainkan betul belako")
Terima kasihhhhhhhhhh.
Bersemangat betul kawan kita nih, siapa nama?
(Maka bangunlah orang yang memekik tadi dan memperkenalkan dirinya: "Orang panggil saya Imam Sauti")
Ohhhhh cantiknya nama itu!!!!.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian contohilah Imam Sauti . Nanti lepas habis pilihanraya kecil , Imam Sauti datanglah ke pejabat saya di Putrajaya. Saya nak bincang sesuatu.
(Orang yang mengelarkan dirinya Imam Sauti kelihatan mengangguk sambil memekik: "Hidup Datuk!!!!!)
Tuan-tuan dan puan sekalian , sebelum saya beredar kerana banyak tempat lagi yang saya kena pergi berkempen, saya ingin mengumumkan untuk membangun kawasan Dun Manik Urai ini .
Untuk peringkat permulaannya, kerajaan UMNO dan BN akan membina sebuah bangunan seperti KLCC di sini. Batu asasnya akan dirasmikan oleh Y.Amat Berhormat, Perdana Menteri yang kita kasihi yang telah diiktiraf oleh isterinya sebagai seorang lelaki yang paling penyabar di 1Malaysia ini.
Ini bukan projek Mee Segera tetapi telah dirancang sebelum merdeka lagi!!!.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian sekiranya saya tersilap bahasa, terkasar bicara, tercakap bohong, maafkan saya. Saya ini insan biasa walaupun ada title Datuk Seri. Dan jangan lupa, esok selepas solat subuh , saya akan turun membantu membuat kerja kampong bersama rakyat jelata disini kerana saya diminta oleh PM yang kita kasihi untuk menoreh getah. Tapi pokok getah ada tak kat sini?
(Imam Sauti menjawab dengan kuatnya: "Semua jenis pokok ada Tok , termasuk pokok demokrasi")
Baguslah kalau gitu. Saya mengucap terima kasihhhhhhhhh kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana meminjamkan telinga mendengar ceramah saya. Ok tak ceramah saya ini?
(Imam Sauti menjawab dengan suara yang kuat:" Tak ada yang ok, melainkan ok belako!!)
Terima kasihhhhhh.
Kehebatan pidato ini, saya pelajari dari buku Ilmu Pidato, tulisan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang belajar di peringkat Ph.D dalam bidang komunikasi. Buku beliau berkaitan dengan ilmu berpidato boleh dibeli di kedai buku di 1Malaysia. Silalah beli, supaya tuan-tuan dan puan-puan boleh menjadi pemidato yang hebat seperti saya.
Akhir kata, undilah Pas, oh silap teknikal. Undilah BN untuk kemajuan didunia dan akhirat.
Kabir!!!!!!!!!!. Oh silap lagi. Takbirrr!!!!!!!!!!!!!
(Dijawab oleh Imam Sauti:"Takbirrrrrrrr Tok.............")
Oklah, minta diri dulu yer. Mari kita bersalaman.
Maka berebutlah lebih kurang 30 orang pendengar bersalaman dengan DatukSeri ."Ehhhh pocuttt.......lebih kurang 30 orang aje ke?. Nampak macam ramai?"
"Ini pun dah kira ramai Datuk. Yang lain pokok pisang" Jawab Imam Sauti.~sheikh teluk intan~

1 comment:

Tok Pawi said...

Kemaluan engkau berbau busuk dan mulut engkau berbau kemaluan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive