Showing posts with label peragut. Show all posts
Showing posts with label peragut. Show all posts

30 June 2014

Video Orang Ramai Belasah Peragut Tersebar Di Media Sosial


Diterbitkan: Ahad, 29 Jun 2014 1:34 PM
PETALING JAYA: Sebuah video yang menunjukkan sekumpulan anggota masyarakat memukul seorang peragut dan kemudian merayu supaya dihantar ke balai polis telah tersebar di media sosial.

Video dua bahagian, yang dimuat naik di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia, menunjukkan seorang lelaki muda dipukul dan disoal oleh sekumpulan lelaki lain kerana lelaki terbabit didakwa menikam muka seorang wanita,

"Berapa umur kau? Berapa lama kau dah buat kerja ini (meragut)?," demikian suara-suara yang dapat didengar dalam video itu.

Menurut keterangan di laman Facebook itu, kejadian itu berlaku dekat Lebuhraya Duke.

08 May 2009

Nasib Seorang Peragut






Pada jam 5.00 ptg tadi, seorang peragut mengalami kecederaan parah apabila berlanggar dengan sebuah kereta perodua Kelisa berhampiran Stn Shell Jln Semantan Kuala Lumpur selepas meragut beg tangan seorang wanita Cina yang sedang melintas jalan di hadapan stesen tersebut.

Remaja yang berusia dalam lingkungan 25 tahun ini mengalami sedikit kecederaan dilututnya setelah diseret oleh peragut tersebut. Peragut yang berbangsa melayu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Beg tangan remaja tersebut ditemui kembali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive