Showing posts with label projek terbengkalai. Show all posts
Showing posts with label projek terbengkalai. Show all posts

09 January 2011

Lagi projek Kerajaan Barisan Nasional ... jangan nak kencing rakyat diutamakan lah


Apa sudah jadi dengan Taman Sri Gemilang Lahad Datu ?. Dalam papan tender siap dalam bulai Mei 2009.. Sekarang tahun berapa ???



Terbengkalai sejak tahun 2008. Ramai yang dah buat loan dan dah bayar pinjaman bank sejak 2 tahun lepas tapi rumah belum siap.



Rumah ni bawah SPNB. Keapa boleh terbengkalai ?


Setahu kami SPNB sebuah syarikat kerajaan yang kukuh dan bertanggung jawab memulihkan projek terbengkalai….tapi kenapa projek SPNB sendiri jadi begini ??

KASIHAN KAMI. TUNGGU….TUNGGU DAN BAYAR….BAYAR TAPI RUMAH TAK ADA.

norham abadi
Lahad Datu.
Januari 2011.
MS: Ada siapa ambil kisah? Ada wakil rakyat tolong selesaikan? Dah dua tahun projek ni terbengkalai ... mana wakil rakyat 1Malaysia? ... apa wakil rakyat dah buat untuk selesaikan masalah ini ... Jaminan-jaminan diberikan hanya hampir pilihanraya, selepas tu, macam biasa muka wakil rakyat pun susah nak nampak. maka lu orang punya masalah lu orang setel lah, wa datang next GE lah ...

30 September 2009

PRK Bagan Pinang : Jom tengok projek terbengkalai dulu sebelum nak bawa "mee segera"


Sudah menjadi kelaziman di pihak UMNO BN, tiap kali adanya pilihan raya kecil, tiap kali juga lah bermacam-macam janji-janji manis dari pemimpin-pemimpian mereka. Kalau di Manek Urai dulu, Muhyiddin menjanjikan sebuah jambatan sekiranya kemenangan berpihak kepada mereka.

Begitu juga di Bagan Pinang, Muhyiddin kali ini telah menjanjikan dua buah sekolah baru bakal dibina. Sebuah sekolah rendah di Bt 9 Port Dickson bernilai 18 juta dan sebuah sekolah menengah bernilai hampir 20 juta yang akan dibina disuatu tempat yang masih belum dikenal pasti lagi.

Janji-janji atau gula-gula ini sudah menjadi satu kemestian bagi UMNO BN dalam setiap pilihanraya kecil demi menarik sokongan para pengundi atas pagar. Apabila pihak lawan cuba mempertikai akan semua projek-projek mee segera ini, mereka dengan rasa "tak malu" menjawab "sebenarnya projek ini telah lama dirancang, kebetulan pulak ianya bakal dilaksana semasa PRK ini".

Sebenarnya dalam keghairahan atau kerancakkan UMNO BN menyalurkan projek "mee segera" di Bagan Pinang/Port Dickson ini, mereka sebenarnya terlupa atau sengaja melupakan beberapa projek "gajah putih atau projek terbengkalai" yang banyak terdapat di Bagan Pinang/Teluk Kemang ini. Lihat saja DI SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive