Showing posts with label saifuddin. Show all posts
Showing posts with label saifuddin. Show all posts

04 September 2014

Saifuddin Calon Pengkalan Kubor?




Saifuddin Nasution Ismail.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempunyai banyak perkara untuk dilakukan dan tidak akan dinamakan sebagai calon parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.


Menafikan khabar angin bahawa beliau akan dinamakan, Saifuddin berkata: 'Tidak, tidak sama sekali. Saya bukan calon. Saya tidak akan bertanding. Saya mempunyai banyak tugas untuk dilakukan'.
Malah Saifuddin berkata, beliau tidak tahu mengenai khabar angin itu.
Ketika PKR dan PAS bergelut mengenai kerusi Pengkalan Kubor, spekulasi bahawa Saifuddin merupakan calon pilihan partinya untuk bertanding dalam PRK itu tersebar.

13 January 2014

Nurul Izzah Saifuddin terima saman dari Bapa Lembu

Rakyat News


KUALA LUMPUR 13 Jan - National Feedlot Corporation (NFCorp) telah mengemukakan saman terhadap Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung parti tersebut Saifuddin Nasution ekoran dakwaan pembelian lapan unit kondominium di KL Eco City.

Saman difailkan oleh Pengerusi NFCorp Datuk Mohamad Salleh Ismail menerusi Tetuan Wan Shahrizal Hari&Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan Izzah sebagai defendan pertama dan Saifuddin selaku defendan kedua.

Tindakan NFCorp ekoran kenyataan Izzah yang disiarkan menerusi Kini TV ekoran mengulangi kenyataan berbaur fitnah yang mendakwa berlaku pecah amanah didalam syarikat tersebut membeli aset hartanah menggunakan dana awam.

26 March 2013

AKAN DATANG - Video Sex Nurul Izzah - Saifuddin




S
elepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah , ahli parlimen Lembah Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya.

Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.

“Ia adalah amaran, ugutan politik.... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.

23 December 2012

SPRM hanya bertindak ke atas 'ikan bilis' bukan 'jerung' - Datuk Saifuddin


SHAH ALAM  -  Meskipun menyifatkan syor menapis latar belakang bakal calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baik, Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan masa yang sesuai berbuat demikian.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan itu, tetapi SPRM masih berhadapan dengan “krisis kewibawaan” dan oleh itu, tidak sesuai untuk tujuan tersebut.
Saifuddin berkata, kegagalan SPRM menyelesaikan kes “ikan jerung” berbanding “ikan bilis” menunjukkan badan itu mengalami “krisis kewibawaan.”

07 September 2012

Mahkamah TOLAK saman RM2Juta raja katak Ibrahim Ali terhadap Saifuddin Nasution

Pasir Mas MP Datuk Ibrahim Ali. Pix: Sinar HarianPasir Mas MP Datuk Ibrahim Ali. Pix: Sinar HarianKUALA LUMPUR: The Civil High Court, here, today struck out the RM2 million defamation suit by Pasir Mas MP Datuk Ibrahim Ali against Parti Keadilan Rakyat (PKR) secretary-general Saifuddin Nasution Ismail over an article in the party's mouthpiece, Suara Keadilan daily, two years ago. 
Justice Datuk Hue Siew Kheng in chambers granted Saifudin's application to strike out the suit with RM8,000 in costs.

Counsel Puspawati Rosman, for Saifudin, cited the judge as saying, among others, that the court did not find the article defamatory.

- Bernama

07 June 2011

Mahathir haprak - Saifudin

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.

Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.

Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

16 March 2011

Cek RM1.4 juta : Gobala nak saman Saifuddin

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail tidak gentar dengan amaran Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan untuk menyamannya RM12 juta.

Ahli Parlimen Machang itu berkata pendedahan beliau sebelum ini bahawa Gobala dibayar RM1.4 juta untuk meninggalkan KEADILAN, berasaskan fakta.

“Beliau berhak berbuat apa-apa sahaja (untuk menyaman saya) kerana itu haknya. Kita biar mahkamah tentukan. Sama ada saya perlu membayar (RM12 juta) atau tidak, kita akan tahu kelak, ” kata Saifuddin.

Saifuddin juga tidak akan membuat permohonan maaf kepada Gobala berhubung pendedahannya itu.

“Kenapa saya perlu minta maaf? Dan saya perlu minta maaf untuk apa? Saya sudah nyatakan, fakta saya berkenaan urus niaga itu. (Dan) Gobala kelihatannya menggelabah,” kata Saifuddin.

Beliau mempunyai bukti Gobala terlibat secara peribadi dalam urus niaga berkenaan dan ia tidak melibatkan ahli keluarga beliau seperti didakwa Gobala.

Lanjutan itu, beliau bersedia berhadapan dengan Gobala di mahkamah.

“Saya akan berhadapan dengan beliau di mahkamah. Beliau berbohong. Biarkan dia ‘berjuang’. Saya akan jumpa dia di mahkamah,” katanya dalam laporan MalaysiaKini.

Minggu lalu, Saifuddin membuat pendedahan di Parlimen mengenai Gobala mebayat bayaran pajakan tanah syarikatnya seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan RM1.4 juta melalui dua cek masing-masing bernilai RM700,000 dan RM701,250.

Hutang itu dijelaskan Embun Megah Sdn Bhd, syarikat milik Gobala kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd - KeadilanDaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive