
KUALA LUMPUR 13 Jan - National Feedlot Corporation (NFCorp) telah mengemukakan saman terhadap Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung parti tersebut Saifuddin Nasution ekoran dakwaan pembelian lapan unit kondominium di KL Eco City.
Saman difailkan oleh Pengerusi NFCorp Datuk Mohamad Salleh Ismail menerusi Tetuan Wan Shahrizal Hari&Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan Izzah sebagai defendan pertama dan Saifuddin selaku defendan kedua.
Tindakan NFCorp ekoran kenyataan Izzah yang disiarkan menerusi Kini TV ekoran mengulangi kenyataan berbaur fitnah yang mendakwa berlaku pecah amanah didalam syarikat tersebut membeli aset hartanah menggunakan dana awam.