Showing posts with label sex songsang. Show all posts
Showing posts with label sex songsang. Show all posts

21 March 2014

Tiga polis didakwa merogol dan lakukan seks luar tabii diperintah bela diri

BUTTERWORTH: Tiga anggota polis yang didakwa merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang wanita warga Indonesia diperintah untuk membela diri.

Keputusan berkenaan ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mendengar hujah pihak pendakwaan beserta keterangan saksi termasuk mangsa pada perbicaraan tahun lalu. 

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 9 Mei depan sebagai tarikh pihak defendan mengemukakan hujah pembelaan selepas mendapati pendakwaan membuktikan kes itu sebagai prima facie. 

27 February 2014

Mangsa jiran nafsu songsang

Kepala Batas: Tidak tahan menjadi pemuas nafsu jirannya, seorang kanak-kanak mengadu perkara itu kepada ibunya yang kemudian membawa kepada pembongkaran ‘hobi songsang’ lelaki terbabit yang meliwat mangsa dalam beberapa kejadian sejak setahun lalu.
Berang dengan perkara itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Tasek Gelugor di sini, berhubung aduan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu sebelum suspek ditahan di tempat kerjanya di Prai, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 47 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu tinggal di Kulim, Kedah, bagaimanapun suspek akan mengambil peluang meliwat mangsa ketika pulang ke rumah ibunya di Padang Menora.

“Mangsa tinggal bersebelahan rumah ibu suspek dan berikutan itu, lelaki terbabit menggunakan peluang itu melepaskan giannya tanpa dicurigai keluarga kanak-kanak itu,” katanya. - metro 27/2/14

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive