BERITA TERKINI-( YAYASAN AMAN ) Pada jam 10 pagi sebentar tadi telah di adakan sidang akhbar berikutan maklumat terkini mengenai pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Tian Chua sebentar tadi telah mengumukan akan menghantar memorendum dan bantahan kepada SPR petang ini bersama Marfell ( NGO ) berikutan kenyataan calon Barisan Nasional Arif Shah sendiri sewaktu sdang akhbar yang mendedahkan beliau ada memberi wang sebanyak RM 50 kepada individu bukan petugas yang merupakan penduduk sekitar untuk mendapatkan maklumat mengenai lawan.
Tian Chua menegaskan bahawa tindakan yang di lakukan Ariff Shah salah dan melanggar peraturan pilihan Raya. Petang ini pimpinan PR akan menyerahkan memorendum pada SPR beserta dengan bukti serta rakaman dari media-media yang turut sama sewaktu sidang media terseut diadakan semalam.
Jika semuanya berjalan dengan lancar dan SPR ternyata tidak melakukan penyelewengan maka calon Barisan Nasional akan di tahan dari bertanding di Parlimen Permatang Pauh untuk pilihan raya kecil 26 Ogos ini.
+ Parlimen Ampang
No comments:
Post a Comment