19 August 2008

DSAI Akan Mendapat Lebih 18,000 Undi Majoriti

Assalamua'laikum to all,


Nampaknya kempen P44 makin rancak. Mengikut reading on the ground, kemungkinan besar DSAI akan mendapat lebih 18,000 undi majoriti. Ini bukan sahaja kemenangan politik, tetapi juga kemenangan moral bagi Pakatan Rakyat.Apa senario selepas itu?


Setelah diisytiharkan menang, DSAI dijangka angkat sumpah seawal-awalnya 27 Ogos. Parlimen bersidang hingga 28 Ogos shj. 29 Ogos pembentangan bajet. Selepas dari itu Parlimen akan hanya bersidang semula pada 13 Oktober.Ini bermakna sebarang pertukaran kerajaan sebelum 16 Sept hanya boleh dibuat samada pada 27/28 Ogos melalui undi tidak percaya di Parlimen.


Berdasarkan perkiraan DSAI membentuk Kerajaan pada 16 Sept..the actual date is actually 28 Ogos. If nothing happen by 28 Ogos..then nothing will happen on 16 Sept..a date which I think is just a psychological date.


So guys..insyallah kalau menurut jadual DSAI..kerajaan baru akan dibentuk sebenarnya pada 28 Ogos. Tak sempatlah Pak Lah nak bentangkan bajet..silap haribulan DSAI yang akan bentangkan bajet sebagai PM baru..


Tapi kalau tak jadi by 16 Sept ape jadi?! Aku pun tak berani nak pikio..isyk..isyk..jgn tak jadi yop..letih teman nak bersilat nanti..hehehe..Yes Mr. Prime Minister..we welcome you on 16 Sept..


Adios..


Zulkifli Noordin
Sumber: zul4kulim

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive