09 September 2008

Harga keperluan raya dijamin stabil

PUTRAJAYA 8 Sept. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga barangan keperluan sewenang-wenangnya pada musim perayaan ini berikutan bekalannya yang mencukupi.
Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, jaminan tersebut diberikan kepadanya oleh syarikat-syarikat pengeluar barangan makanan dan agensi kerajaan dalam satu pertemuan dengan beliau hari ini.

Bagaimanapun, katanya, penetapan secara khusus kadar harga barangan keperluan itu akan diumumkan pihaknya dalam waktu terdekat.

‘‘Saya sudah dapat kepastian daripada semua pihak bahawa bekalan barang dijamin mencukupi pada harga yang stabil. Jadi tidak ada alasan dari pengilang, pengusaha, pengedar dan peruncit untuk menaikkan harga.

MS: Jaminan yang selalu aku dengar bila tiba musim perayaan. Harga barangan keperluan tidak akan naik ... Dah meluat aku dengar jaminan-jaminan macam ni.

Tindakan tegas akan diambil kpd peniaga yang menaikkan harga barang. Macam tu la tiap-tiap tahun.

Menteri pun p la melawat pasar Chow Kit, bawa reporter/jurugambar. Menteri turun padang periksa harga barangan. Esok keluar akhbar peniaga ditangkap naikan harga barang ...

Lepas tu hangpa nak naik setinggi langit pun naik lah, tak siapa yang peduli lagi ... yang terus menanggung segala macam beban kenaikkan harga barang adalah rakyat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive