Hari Ahad. Aku relax-relax jer di rumah. Dalam bulan puasa ni lah aku berkesempatan untuk berada di rumah pada hujung minggu. Di bulan-bulan lain kebanyakkan hujung minggu aku akan sibuk dengan "event2" yang aku uruskan.
Dalam minggu ini banyak cerita-cerita panas. Yang paling aku rasa panas ialah kes ketua umno bkt bendera ahmad ismail yang bergaduh dengan bukan melayu. Sehingga lah melibatkan pm dan tpm. Ahmad yang aku rasa begitu angkuh tetap dengan pendirian nya, yang akhirnya memaksa najib untuk meredakan keadaan dan meminta maaf pada kaum cina bagi pihak ahmad.
Beberapa lapuran polis telah di buat terhadap ahmad termasuk dari dap. Seperti biasa polis kata mereka akan siasat dan kalau ia ada unsur-unsur hasutan ia akan disiasat di bawah akta hasutan lah. Tapi aku rasa sebab ahmad ni orang umno, kes ni akan diam begitu saja, tidak seperti kes orang2 pakatan, polis/bpr cukup pantas bertindak.
Kes beberapa parti komponen bn berura-ura ingin "cabut" dari juga menarik minat ramai minggu ini. Antaranya MCA dan Gerakan. Saperti kata Ummi di blog nya "nak keluar BN ... keluar lah" menarik hati aku. Apa ditunggu lagi keluar jer lah.
Cerita mp bn (bn-bbc) nak lari keuar negara, makan angin juga menarik. Tarikh yang di pilih seolah-olah ada satu perancangan dari pihak atasan untuk "tidak membenarkan" ahli-ahli bn "melompat" ke PR. Najib kata dia yang luluskan "trip" tersebut. Tidak ada kena mengena dengan 16 Sept. Dan lagi katanya lawatan tersebut untuk meneroka sesuatu yang baru dalam bidang pertanian? Keh keh keh ... alasan
Khamis 4/9/08 .. Tokoh Kewartawanan Negara, Tan Sri Abdul Samad Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pukul 6.35 petang ini kerana jangkitan paru-paru dan kegagalan buah pinggang.
Dan pada hari ini juga, Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita Keadilan, Pn Zuraida telah di panggil mengadap oleh BPR bersabit dengan kes pemberiaan bunga kepada HKL tempoh hari. .... Rasuah jugak rupanya bagi bunga ni pun yer ... Sehingga semalam (Sabtu) tiada sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara ini.
Selamat Berpuasa untuk semua ...
No comments:
Post a Comment