05 September 2008

Sasaran 16 Sept.: Pakatan dakwa kejutan hampiri, anggota BN-BBC cuti luar negara?

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Ketika ramai mula mempersoalkan sama ada sasaran 16 September Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan ataupun tinggal omong-omong kosong, perikatan pembangkang itu menegaskan, pelan mereka masih utuh dan akan menjadi kenyataan "dalam waktu ini."

Pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi mStar Online dengan yakin berkata, segala proses dan urusan penting yang berkaitan berjalan dengan lancar dan hampir selesai sementara beberapa aspek teknikal dan perundangan sedang diperhalusi.

Di sebalik pendirian sedemikian wujud desas-desus ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan mula 'bercuti' di luar negara mulai Isnin ini sehingga minggu ketiga September - tempoh yang dianggap sebagai kritikal menjelang pembentukan kerajaan baru. ... seterusnya

- mStar Online

Ha tu dia depa dah takut wei sampai lari pi obersi ... Paksa pulak tu ... Lagi satu ni nak perabih duit la ni. Kalau bawa bini or laki, bini/laki akan p shopping sakan la ni.

Kalau hangpa tu betui tak payah bawa lari pun tak pa, MP2 tu tak akan lompat p mana2. ni mungkin sebab hangpa sendiri tau yang hangpa ada buat tak betoi dan ada dengar ura-ura ramai yang dah nak melompat jadi kena la bawa p makan angin dulu ... Iskh macam kerja budak-budak2 la aku nampak hangpa ni.

Bab-bab lawatan sambil belajar ni dah biasa sangat aku dengar. Konon untuk persediaan bagi sidang parlimen lepas raya ni. Kalau ya hangpa pi belajar, nanti aku nak tengok ada apa-apa perbezaan tak pada sidang nanti ... Jangan main sedap cakap saja tapi kata orang habok pun tak dak ... balik-balik tepok meja rama-ramai, itu la kerja hangpa wahai MP BN ... piiiirahhhhhh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive