02-09-2008 05:37:03 PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan PAS Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata ini kerana mengikut sejarah, kerajaan PAS Kelantan telah mempertikaikan penggabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Malah, katanya kerajaan Kelantan PAS pernah membawa kes ke mahkamah kerana mempertikaikan penggabungan tersebut, tetapi kes itu ditolak oleh Mahkamah Persekutuan
pada 14 September 1963.
Dan katanya lagi .....
"Jangan juga hanya kerana untuk mendapatkan mata dalam permainan politik, mereka lupa akan sejarah dan pendirian mereka suatu ketika dahulu," katanya.
Sedap nya si Shabery ni kata PAS hipokrit... Shabery oi hang pun sama jugak la, hang pun lupa sejarah hang suatu masa dulu kan .... hang pun sama demi untuk mendapatkan mata dlm politik hang balik ke UMNO semula ... Ingat la hang ke mana suatu masa dulu .... Betul kata Dr M Melayu Mudah Lupa ... Ni salah sorang daripada nya
No comments:
Post a Comment