26 September 2008

SHABERY PERJELAS KELEWATAN PELAKSANAAN WAYANG PACAK DI SARAWAK

KUCHING, 26 Sept
(Bernama) -- Kementerian Penerangan tetap akan meneruskan cadangan untuk memperkenalkan semula wayang pacak di Sarawak walaupun ia lewat dilaksanakan mengikut jadual asal.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata mengikut jadual asal ia sepatutnya dilaksanakan pada Jun tahun ini namun kerana masalah yang tidak dapat dielakkan ia ditangguh ke masa lain."Kita cadang lepas Raya ni, pada bulan November akan buat wayang pacak di Kapit," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM) anjuran Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusof di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata perancangan untuk mengadakan wayang pacak itu pada bulan Jun tidak dapat dilakukan berikutan sambutan Gawai Dayak turut diraikan pada bulan yang sama dan telah ditangguhkan.Beliau berkata kesukaran untuk memilih bulan-bulan lain juga dihadapi memandangkan persidangan Parlimen masih berjalan ketika itu, diikuti dengan bulan Ramadan serta sambutan Hari Raya bulan depan menyukarkan lagi untuk memilih masa yang lebih sesuai.

Beliau bagaimanapun menyatakan keyakinan Jabatan Penerangan Sarawak telah melakukan persediaan yang secukupnya bagi menjayakan wayang pacak ini.

- BERNAMA

MS: La kenapa susah sangat nak buat wayang pacak tu shabery oi ... Ni la sikap menteri-menteri umno/bn ni yang banyak cakap dari buat kerja. Lagi pun nak buat wayang pacak ni bukan lah satu projek yang besar yang boleh "masyuk" ... Jadi lambat sikit pun tak per lah. Cuba ada projek besar-besar yang boleh "masyuk" tebal-tebal cepat la hangpa buat kerja.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive